Surah Al-Baqarah-j2h35

Halaman 35

Tarjuman
Bahasa Melayu

220. Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat. Mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (urusan) anak-anak yatim. Katakanlah, “Mengurus urusan mereka secara sepatutnya adalah lebih baik (daripada membiarkannya), dan jika kamu mencampuri mereka (dengan mencampurkan makan minum kamu dengan mereka, maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama). Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak berbuat kebaikan. Jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan melarang bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

221. Dan janganlah kamu berkahwin dengan wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada wanita musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu kahwinkan (wanita-wanita Islam) dengan lelaki-lelaki musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam), sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian kerana) orang kafir itu mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Allah menjelaskan ayat- ayat-Nya kepada umat manusia,supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).”

222. Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah, “Darah haid itu satu benda yang mendatangkan mudarat.” Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang banyak bertaubat, dan mencintai orang yang sentiasa menyucikan diri.

223. Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai. Sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak) dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang yang beriman (bahawa mereka akan beroleh syurga).

224. Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertakwa, serta mendamaikan perbalahan di antara sesama manusia. (Ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

English

220. Concerning this world and the Hereafter. And they ask you about the orphans. Say: “To do good to them is best.” And if you share things with them, they are your brothers. And Allah knows him who means mischief from him who means good. And if Allah had willed, He could certainly have made matters difficult for you. Surely Allah is Mighty, Wise.

221. And (O you believing men!) marry not pagan women till they believe, and a believing maid is better than a pagan woman, even though she looks pleasing to you. And (O you believing women!) marry not pagan men till they believe, and a believing servant is better than a pagan (free man), even though he looks pleasing to you. These call you to the Fire, but Allah calls you to the Paradise and forgiveness by His grace, and He makes clear His signs for mankind, that they may take heed.

222. And they ask you about the menses. Say: “It is a minor hurt.” Then avoid women during the menses, and approach them not till they are in a state of purity, but when they are in a state of purity, you may come to them as Allah has commanded you. Surely Allah loves those who turn to Him (in repentance), and He loves those who keep themselves pure.

223. Your wives are a tilth for you, then come to your tilth as you please, and send forward (good deeds) for your souls, and fear Allah, and know that you are going to meet Him. And give glad tidings to the believers.

224. And do not make use of Allah’s (name) in swearing, as an excuse for not doing good and acting rightly, and making peace among mankind, for Allah is All-Hearing, All-Knowing.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul