Surah Al-Baqarah-j2h30

Halaman 30

Tarjuman
Bahasa Melayu

191. Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu sedangkan fitnah (syirik) itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu (di situ). Oleh itu, jika mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang yang kafir.

192. Jika mereka berhenti (daripada kekufuran lalu memeluk Islam atau berhenti memerangi kamu maka berhentilah kamu daripada memerangi mereka) kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.

193. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan sehingga agama (ketaatan) itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti (daripada memusuhi kamu) maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang yang zalim.

194. (Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu, maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu dan bertakwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah bahawa Allah berserta orang yang bertakwa.

195. Dan infakkanlah (apa yang ada pada kamu) untuk (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.

196. Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah. Maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahalul, serta) sembelihlah binatang korban yang mudah didapati, dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahalul), sebelum binatang korban itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar fidyah, iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang hendak bertamatuk dengan mendahulukan umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadah haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih binatang korban yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan korban), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing), semuanya itu sepuluh (hari) yang sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidil Haram (Makkah). Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah amat berat balasan seksa-Nya (terhadap orang yang melanggar perintah-Nya).

English

191. And kill them wherever you find them, and turn them out from where they have turned you out, for persecution (in faith) is worse than killing. And fight them not at the Sacred Mosque, unless they fight you there, but if they fight you, then fight them. Such is the recompense of the disbelievers.

192. But if they desist, then surely Allah is Often Forgiving, Most Merciful. 

193. And fight them until there is no persecution (in faith) and worship is for Allah (alone). But if they desist, then let there be no hostilities save against the wrongdoers. 

194. One sacred month for another sacred month, and the law of equality applies to all sacred things. Then if anyone takes the aggressive against you, take the aggressive against him just as he has taken the aggressive against you, and fear Allah, and know that Allah is with the pious.

195. And spend in the cause of Allah, but throw not yourselves into destruction (by not spending your wealth in the cause of Allah), and do good, for Allah loves the doers of good.

196. And carry out the pilgrimage, and the visit (to Ka‘bah) for the sake of Allah. But if you are prevented, then (send) whatever sacrificial offering
you can afford, and shave not your heads until the offering reaches its destination. But if one of you is sick, or is suffering from injury in the head, he should compensate (the shaving of the head) by fasting, or almsgiving, or sacrificing. But when you are safe, then anyone taking advantage of the pilgrimage and the ‘Umrah at one and the same time, should offer such sacrifice as he can afford. And if one cannot, then three days fasting in the period of the Hajj, and seven days when you return home, that is, ten in all. This is for him whose family is not in (the precincts of) the Sacred Mosque, and fear Allah, and know that Allah is severe in punishment.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul