Surah Al-Baqarah-j2h29

Halaman 29

Tarjuman
Bahasa Melayu

187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu campuri isteri- isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas- batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukum- Nya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa.

188. Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang batil (yang salah menurut syarak) dan janganlah pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

189. Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah, “(Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadah haji. Bukanlah kebajikan itu jika kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram), tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertakwa dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.”

190. Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.

English

187. It is made lawful for you to approach your wives on the night of the fast. They are a garment for you, and you are a garment for them. Allah knows that you have been acting unjustly to yourselves, so He has turned to you (by accepting your repentance)and forgave you. So you may now enjoy their company, and seek that which Allah has prescribed for you, and eat and drink until the white thread of light becomes distinct to you from the black tread of the dawn. Then complete the fast till nightfall, and do not approach your wives while you are in retreat in the mosques. These are the limits of Allah, so approach them not. Thus does Allah makes His signs clear to men that they may become pious.

188. And do not swallow up your wealth among yourselves unjustly, and bribe not the authorities, that you may sinfully devour the wealth of (other) people while you know.

189. They ask you about the new moons, say: “They are signs to mark fixed periods of time for mankind, and for pilgrimage.” And there is no virtue in your going to your houses from the backs, but virtue is (the quality of the one) who fears Allah. So enter your houses by their doors, and fear Allah, that you may succeed.

190. And fight in the cause of Allah those who fight you, but transgress not the limit, for Allah loves not the transgressors.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul