Surah Al-Baqarah-j2h28

Halaman 28

Tarjuman
Bahasa Melayu

182. Tetapi sesiapa yang khuatir terhadap orang yang berwasiat itu tidak berlaku adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu dia mendamaikan antara mereka (yang berwasiat dan yang diwasiat, dengan membetulkan wasiat itu menurut syarak), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

183. Wahai orang yang beriman! Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

184. (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka
sesiapa antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa beberapa (hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu
memberi makan orang miskin. Maka sesiapa dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), jika kamu mengetahui.

185. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan – keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa daripada kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa. Sesiapa yang sakit atau dalam musafir (lalu dia berbuka) maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain (di luar bulan Ramadan). Allah menghendaki kamu beroleh keringanan (dengan ketetapan yang demikian) dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran, dan juga supaya kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), serta kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.

186. Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka), Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepada- Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.

English

182. But if anyone fears partiality or wrong on the part of the testator, then, there is no sin upon him if he makes peace between the parties. Surely Allah is Often Forgiving, Most Merciful.

183. O you who believe! Fasting is prescribed for you, as it was prescribed for those before you, that you may become pious.

184. For a certain number of days, but if any of you is sick or on a journey, then the same number (should be made up) from other days. And for those who find it hard to bear, there is a ransom by feeding a poor man. But whoever does good of his own accord, then it is better for him. And if you fast, it would be better for you, if you knew.

185. The month of Ramadan is that in which the Qur’an was sent down, as a guidance for mankind, and clear proofs of guidance, and the criterion (of right and wrong). Then whoever of you sights (the crescent on the first night of) the month (of Ramadan), he must observe the fasting therein. And whoever is sick, or on a journey, then the same number (should be made up) from other days. Allah wishes you ease, and He does not wish you hardship. And (He desires) that you may complete the (required) number (of fasts), and that you may declare the greatness of Allah for having guided you, and that you may give thanks.

186. And when My servants ask you about Me: “Behold! I am surely near.” I respond to the prayer of the supplicant when he calls on Me. So let them
obey Me, and believe in me that they may walk in the right way.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul