Surah Al-Baqarah-j1h8

Halaman 8

Tarjuman
Bahasa Melayu

49. Dan (ingatlah) ketika Kami menyelamatkan kamu daripada pengikut-pengikut Firaun yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksaan yang seburuk-buruknya (seberat-beratnya), mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu, sedangkan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana atau cubaan yang amat besar daripada Tuhan kamu.

50. Dan (ingatlah) ketika Kami belahkan laut (yakni Laut Merah untuk kamu lalui supaya kamu dapat melarikan diri daripada angkara Firaun), lalu Kami selamatkan kamu (daripada bahaya karam) dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedangkan kamu semua menyaksikannya.

51. Dan (ingatlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya dalam tempoh) empat puluh malam. Kemudian setelah dia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang yang zalim (terhadap diri sendiri).

52. Kemudian sesudah itu Kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.

53. Dan (ingatlah) ketika Kami berikan kepada Nabi Musa Kitab (Taurat) dan pemisah (keterangan-keterangan yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.

54. Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri disebabkan kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Tuhan yang menjadikan kamu, iaitu bunuhlah diri kamu (yang tidak bersalah dalam kalangan kamu membunuh yang bersalah). Yang demikian itu (yakni membunuh itu) lebih baik bagi kamu di sisi Allah, Tuhan yang menjadikan kamu, supaya Dia menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang.”

55. Dan (ingatlah) ketika kamu berkata, “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehinggalah kami dapat melihat Allah dengan terang (secara nyata dengan mata kepala kami).” Maka kerana itu kamu disambar petir, sedangkan kamu semua melihatnya.

56. Kemudian Kami hidupkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan lantaran sambaran petir itu), agar kamu bersyukur.

57. Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (agar kamu terlindung daripada panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu ‘Manna’ dan ‘Salwa’ (makanan manis seperti madu dan daging burung yang seakan-akan puyuh), serta Kami berfirman, “Makanlah daripada makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu (tanpa kamu menyimpannya). (Tetapi mereka mengkufuri nikmat itu dan menyimpannya, maka Allah menghentikan rezeki itu) Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan perlakuan mengkufuri nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka menganiaya diri sendiri.”

English

49. And remember when We saved you from the people of Pharaoh who afflicted you with a grievous torment, slaying your sons and sparing your women, and in that was a great trial for you from your Lord.

50. And when We divided the sea for you, then We saved you and drowned the people of Pharaoh before your very eyes.

51. And when We appointed forty nights for Musa, then you took the calf (as a god) in his absence, and you were wrongdoers.

52. Then We forgave you after that, so that you may be thankful.

53. And when We gave Musa the Book, and the Criterion (of right and wrong), that you may be guided.

54. And when Musa said to his people: “O my people! You have wronged yourselves by taking the calf (as a god), so turn (in repentance) to your Creator, and mortify yourselves, that is better for you in the sight of your Creator”, then He accepted your repentance, for He indeed is the Accepting of repentance, Most Merciful.

55. And (remember) when you said: “O Musa, we will never believe you until we see Allah openly,” then thunder overtook you, while you were looking.

56. Then We raised you up after your death, so that you may be thankful.

57. And We shaded you with clouds, and We sent down to you the Manna and the Quails, (saying): “Eat of the good things We have provided you with,” and they did not wrong Us but they wronged themselves.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi