Surah Al-Baqarah-j1h7

Halaman 7

Tarjuman
Bahasa Melayu

38. Kami berfirman lagi, “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku (melalui rasul-rasul dan kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku itu nescaya tidak ada kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita (di akhirat kelak).”

39. Adapun orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan (kitab-kitab) Kami, mereka itu ialah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya.

40. Wahai Bani Israel (anak cucu Ya’qub)! Ingatlah akan segala nikmat yang telah Aku kurniakan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) dengan-Ku, supaya Aku sempurnakan perjanjian-Ku dengan kamu, dan hanya kepada-Ku seharusnya kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).

41. Dan berimanlah kamu kepada apa yang Aku turunkan (al-Quran) yang mengesahkan kebenaran Kitab yang ada pada kamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang mula-mula kafir (ingkar) akannya, dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayat-Ku (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya, dan kepada Aku sahaja hendaklah kamu bertakwa.

42. Dan janganlah kamu mencampur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

43. Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat, serta rukuklah (solat berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.

44. Mengapa kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu melupai akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah (Taurat)? Tidakkah kamu berakal?

45. Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan bersabar dan mengerjakan solat. Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk.

46. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.

47. Wahai Bani Israel! Ingatlah akan nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat terdahulu) melebihi penduduk dunia (yang ada pada zaman itu).

48. Dan peliharalah diri kamu daripada (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikit pun (daripada balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, serta tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan, dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.

English

38. We said: “Go down all from here and when there comes to you a guidance from Me, then whoever follows My guidance, no fear shall be on them, nor shall they grieve.

39. And those who disbelieve, and reject Our signs, these shall be the companions of the Fire, in it they abide forever.

40. O Children of Isra’il! Call to mind My blessing with which I bestowed on you, and fulfil your part of the covenant, as I fulfil My part of the covenant, and Me alone should you fear.

41. And believe in that which I have sent down, confirming that which is with you, and be not the first to disbelieve it, and exchange not My signs for a small price, and Me alone should you fear.

42. And mix not the truth with falsehood, and conceal not the truth knowingly.

43. And observe prayer, and give the stated alms and bow with those who bow.

44. Do you command mankind to be pious, and forget yourselves, while you read the Book? Will you not then reason?

45. And seek the help (of Allah) through patience and prayer, and that indeed is a hard thing, except for the humble ones.

46. Who believe that they are going to meet their Lord, and that they are returning to Him.

47. O Children of Isra’il! Call to mind My favour which I bestowed upon you, and that I distinguished you above other peoples.

48. And fear the day when no soul shall avail another, nor shall any intercession be accepted on its behalf, nor shall any compensation be taken from it, nor shall they be helped.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul