Halaman 6
Tarjuman
Bahasa Melayu
30. Dan (ingatlah, wahai Muhammad) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah (pengganti) di muka bumi.” Mereka bertanya (untuk mengetahui tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata), “Adakah Engkau (Ya Allah) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan menyucikan-Mu (daripada sesuatu yang tidak layak bagi-Mu)?” Allah berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
31. Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda yang dikemukakan-Nya (benda-benda tadi) kepada malaikat, lalu Dia berfirman, “Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.”
32. Para malaikat itu menjawab, “Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan kecuali sekadar apa yang Engkau telah ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
33. Allah berfirman, “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka.” Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman, “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.”
34. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah (tunduklah dengan membongkokkan badan sebagai memberi penghormatan) kepada Nabi Adam.” Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan iblis, ia enggan dan takbur, serta ia menjadi sebahagian daripada golongan yang kafir.
35. Dan Kami berfirman, “Wahai Adam! Tinggallah bersama isterimu di dalam syurga, dan makanlah daripada makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, tetapi janganlah kamu hampiri pokok ini. (Jika kamu menghampirinya) maka kamu akan menjadi sebahagian daripada golongan orang yang zalim.”
36. Setelah itu, syaitan menggelincirkan (menyingkirkan) mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat (syurga) yang mereka alami dan Kami berfirman, “Turunlah kamu! Sebahagian daripada kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa tertentu (sehingga saat datangnya ajal).”
37. Kemudian Nabi Adam menerima (melalui wahyu) beberapa kalimah daripada Tuhannya (kata-kata pengakuan taubat, lalu diamalkannya). Maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang.”
English
30. And when your Lord said to the angels: “I am surely going to place a successor on this earth,” they said, “Are You going to place therein one who will spread evil therein and shed blood, while we celebrate Your praise and glorify You?” He said: “I surely know that which you know not.”
31. And He taught Adam the names of all things, then He presented them to the angels, then said: “Tell me the names of all these things, if you are truthful.”
32. They said: “Glory be to You, no knowledge have we except what You have taught us, You indeed are All-Knowing, All-Wise.”
33. He said: “O Adam! Tell them their names.” When he had told them their names, He said: “Did I not tell you that I indeed know the secrets of the heavens and the earth, and I know what you reveal and what you hide?”
34. And when We said to the angels: “Prostrate before Adam,” then all prostrated except Iblis, he refused and was too arrogant, and he was one of the disbelievers.
35. And We said: “O Adam! Dwell you and your wife in this Garden, and eat from it plentifully wherever you wish, but go not near this tree, lest you be of the wrongdoers.”
36. But the Satan made them slip from it, and turned them out of the state they were in. We said: “Go down, some of you are enemies of others. On earth will be your dwelling-place and a provision for a time.”
37. Then Adam received certain words from his Lord, and accepted his
repentance, for He indeed is the Accepting of repentance, Most Merciful.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

