Halaman 5
Tarjuman
Bahasa Melayu
25. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki daripada buah-buahan syurga itu, mereka berkata, “Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu” (sebelum masuk ke syurga). Mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikat dan rasanya) dan mereka diberikan di dalam syurga itu isteri-isteri atau pasangan yang sentiasa suci bersih serta mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
26. Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga suatu yang lebih kecil daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya). Adapun orang yang beriman, maka mereka akan mengetahui (dengan yakin) bahawa perbandingan itu benar daripada Tuhan mereka. Manakala orang kafir pula, maka mereka akan berkata, “Apakah maksud Allah membuat perbandingan seperti ini?” Allah akan menyesatkan ramai orang dengan sebab perbandingan itu dan dengan perumpamaan itu juga, ramai pula orang yang diberikan-Nya petunjuk. Tetapi yang disesatkan-Nya itu hanyalah orang yang fasik.
27. (Iaitu) orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya dihubungkannya (beriman dan menghubungkan silaturahim dengan Nabi), serta mereka pula membuat kerosakan (dengan melakukan maksiat) di muka bumi. Mereka itulah orang yang rugi (kerana dimasukkan ke dalam neraka selama-lamanya).
28. Mengapa kamu kufur kepada Allah, padahal dahulunya kamu mati (ketika masih berupa mani di dalam sulbi bapa kamu), lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, lalu menghidupkan kamu kembali, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan.
29. Dia-lah (Allah) yang menciptakan segala yang terdapat di bumi untuk kamu, kemudian Dia menyengaja ke langit (berkehendak menciptanya), lalu dijadikan-Nya tujuh petala langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
English
25. And give glad tidings to those who believe and do righteous deeds, that for them are Gardens beneath which rivers flow. Every time they are provided with the fruit thereof as a provision, they say: “This is what we were provided with before,” and it is given to them in likeness, and they shall have therein purified spouses, and they shall abide therein forever.
26. Indeed! Allah is not timid to set forth an example that of a gnat, or of something smaller than it. Then as for those who believe, they know that it is certainly the truth from their Lord, and as for those who disbelieve, they then say: “What does Allah mean by this example?” His misleads many thereby and guides many thereby. And He misleads not except the disobedient.
27. Who break the covenant of Allah after ratifying it, and cut asunder what Allah has ordered to be joined, and do evil on earth, then these are the losers.
28. How can you disbelieve in Allah? Considering that you were lifeless, then He gave you life, then after that He will cause you to die, and will again bring you to life, then to Him will you return.
29. It is He who has created for you all that is on earth, then He turned towards the heaven, and He perfected it into seven heavens, for He is Knowing of all things.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


