Halaman 4
Tarjuman
Bahasa Melayu
17. Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api (dalam kegelapan). Apabila api itu menerangi apa yang di sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah memadamkan cahaya (yang menerangi) mereka itu, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
18. Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta (tidak mendapat manfaat daripada kebenaran melalui ketiga-tiga pancaindera tersebut), maka mereka tidak dapat kembali (daripada kesesatan kepada kebenaran).
19. Atau (bandingannya) seperti (orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit (awan), yang padanya (awan tersebut) terdapat gelap-gelita dan guruh serta kilat, mereka menyumbat jari mereka ke dalam telinga masing-masing disebabkan bunyi petir itu (supaya tidak mendengarnya), kerana takut mati. (Tidak mungkin mereka boleh terlepas), sedangkan (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang yang kafir itu.
20. Kilat itu pula hampir-hampir menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Apabila gelap menyelubungi mereka, mereka pun berhenti (menunggu dalam kebingungan). Sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkan-Nya pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
21. Wahai sekalian manusia! Sembahlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu (menjadi orang yang) bertakwa.
22. Dia-lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai atap (yang dibina dengan kukuhnya) maka Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia mengeluarkan daripada air itu pelbagai jenis buah-buahan sebagai rezeki bagi kamu, maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
23. Sekiranya kamu merasa ragu tentang apa yang Kami turunkan (al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkan satu surah yang sebanding dengannya (surah dalam al-Quran), serta ajaklah saksi-saksi kamu (tuhan-tuhan yang kamu sembah) selain daripada Allah (yang kamu percaya boleh menolong kamu), jika kamu orang yang benar.
24. Maka, jika kamu tidak pernah dapat melakukannya, dan kamu pasti tidak akan dapat melakukannya, maka peliharalah diri kamu daripada api neraka yang bahan-bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu-batu (patung dan berhala), yang disediakan untuk orang kafir.
English
17. Their parable is like the one who kindled a fire, but when the fire has lit up what was around him, Allah took away their light, and left them in utter darkness, they cannot see.
18. Deaf, dumb, and blind (are they), so they will not return (to the right path).
19. Or like a rainstorm from the sky, in it darkness, thunder and lightning. They thrust their fingers into their ears, against the thunderclaps for fear of death but Allah is encompassing of the disbelievers.
20. The lightning almost snatches away their sight, everytime it gleams (the way) for them, they walk therein, but when it is dark upon them, they stand still, and if Allah had willed, He would surely have taken away their hearing, and their sight. Indeed, Allah has power over all things.
21. O mankind! Worship your Lord, who created you, and those before you, that you may become righteous.
22. (He) who made the earth a resting-place for you, and the sky as a structure, and sent down rain from the sky, then brought forth therewith fruits as provision for you. So do not attribute to Allah equals while you know (that there is nothing similar to Him).
23. And if you are in doubt about what We have sent down to Our servant, then produce a single surah the like there of, and call
upon your witnesses besides Allah, if you are truthful.
24. But if you do not, and you will never be able to, then fear the Fire whose fuel is men and stones, prepared for the disbelievers.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
STEM-Q


