Halaman 20
Tarjuman
Bahasa Melayu
127. Dan (ingatlah) ketika (Nabi) Ibrahim bersama-sama (Nabi) Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil kedua-duanya berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkau-lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui,”
128. “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua ini orang yang patuh dan berserah diri kepada-Mu, dan jadikanlah dalam kalangan keturunan kami umat yang patuh dan berserah diri kepada-Mu, serta tunjukkanlah kepada kami syariat cara-cara melakukan ibadah haji dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau-lah Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang,”
129. “Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman-Mu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (al-Quran) serta hikmah (hukum-hakam yang terdapat di dalamnya) dan membersihkan diri (hati dan jiwa) mereka (daripada syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkau-lah yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.”
130. Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain daripada orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi Nabi) di dunia ini. Sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak benar-benar termasuk dalam golongan orang yang soleh (yang tertinggi martabatnya).
131. (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya, “Berserah dirilah (kepada-Ku wahai Ibrahim)!” (Nabi Ibrahim) menjawab, “Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan semesta alam.”
132. Dan (Nabi) Ibrahim telah berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) (Nabi) Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya, “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan menganut agama Islam.”
133. (Demikianlah wasiat (Nabi) Ya’qub, bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan itu, wahai orang Yahudi)! Apakah kamu turut hadir ketika (tanda-tanda) kematian telah datang kepada (Nabi) Ya’qub, iaitu ketika baginda bertanya kepada anak-anaknya, “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati kelak?” Mereka menjawab, “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, iaitu Tuhan Yang Maha Esa, dan kami tunduk serta berserah diri kepada-Nya.”
134. Mereka itu adalah satu umat yang telah berlalu sejarahnya, bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan, dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka lakukan.
English
127. And (remember) when Ibrahim and Isma‘il raised the foundations of the House, (saying): “Our Lord! Accept (this) from us, surely You are the All-Hearing, the All-Knowing.
128. Our Lord! Make us both submissive to You, and of our offspring a people submissive to You, and show us our ways of worship (rites of Hajj and ‘Umrah), and accept our repentance, surely You are the Accepting of repentance, the Most Merciful.
129. Our Lord! And send among them a Messenger from among themselves, who may recite to them Your signs, and teach them the Book and the wisdom, and purify them, surely You are the All-Mighty, the All-Wise.”
130. And who turns away from the religion of Ibrahim but he who fools his own soul? And We indeed chose him (Ibrahim) in this world, and in the Hereafter he will be among the righteous.
131. When his Lord said to him: “Submit (i.e. be a Muslim),” he said: “I submit (myself) to the Lord of the worlds.”
132. And this very thing did Ibrahim bequeath unto his children, and (so did) Ya‘qub, (saying): “O my children! Allah has chosen this religion for you, then die not except in the faith of Islam.”
133. Were you witnesses when death approached Ya‘qub? (And) when he said to his children: “Whom will you worship after me?” They said: “We will worship your God, and the God of your fathers, of Ibrahim and Isma‘il and Ishaq, the One God, and to him we submit (in Islam).”
134. Those people have now passed away, for them what they have
earned, and for you is what you earn, and you shall not be questioned
about what they did.
Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi



