Surah Al-Baqarah-j1h2

Halaman 2

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Alif, Lam, Mim.

2. Kitab al-Quran ini sebenarnya tidak ada sebarang keraguan (sebagai sesuatu yang datangnya daripada Allah dan sempurnanya), kemudiannya ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang mahu bertakwa.

3. laitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat serta menafkahkan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

4. Dan juga orang yang beriman kepada Kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan yang diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (mengetahui secara pasti).

5. Mereka itulah (yang memenuhi sifat-sifat tersebut) yang beroleh petunjuk daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang yang berjaya.

English

1. Alif, Lam, Mim.

2. This is the Book! There is no doubt that it is a guidance for the pious,

3. Who believe in the unseen, and observe prayer, and out of what We have provided them with, do they spend,

4. And who believe in what has been sent to you (O Muhammad), and what was sent before you, and of the Hereafter they are certain in faith.

5. Those are upon (right) guidance from their Lord, and it is those who are the successful.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran