Halaman 19
Tarjuman
Bahasa Melayu
120. Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka), “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada engkau.
121. Orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedangkan mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar belitkan maksudnya), mereka itulah orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang yang rugi.
122. Wahai Bani Israel, ingatlah akan limpah kurnia nikmat-Ku yang telah Aku berikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) mengatasi umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya).
123. Dan peliharalah diri kamu daripada (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikit pun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, serta tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat, dan orang yang bersalah itu tidak akan ditolong (dilepaskan daripada azab sengsara).
124. Dan (ingatlah), ketika (Nabi) Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka (Nabi Ibrahim) pun menyempurnakannya. Dia (Allah) berfirman, “Sesungguhnya Aku jadikan engkau sebagai pemimpin seluruh manusia”. Dia (Ibrahim) berkata, “Dan (juga) daripada anak cucuku?”, Allah berfirman, “(Benar, tetapi) janji-Ku tidak berlaku bagi orang yang zalim”.
125. Dan (ingatlah) ketika Kami menjadikan Baitullah (Kaabah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk ibadah Haji) serta tempat yang aman, dan kamu hendaklah menjadikan sebahagian daripada Makam Ibrahim itu sebagai tempat solat, dan Kami telah memerintahkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman), “Bersihkanlah Rumah-Ku (Kaabah dan Masjidil Haram daripada segala perkara yang dilarang) untuk orang yang bertawaf, orang yang beriktikaf dan orang yang rukuk serta sujud.”
126. Dan (ingatlah) ketika (Nabi) Ibrahim berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini sebagai satu negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki daripada pelbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dalam kalangan mereka.” Allah berfirman, “(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga dia bersenang-lenang menikmati rezeki itu sedikit sahaja (atau sementara sahaja di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.”
English
120. And the Jews will never be pleased with you, nor the Christians, unless you follow their creed. Say: “Surely Allah’s guidance is the only true guidance.” And if you were to follow their desires after the knowledge that has come to you, then you shall have no patron or helper from Allah.
121. Those to whom We have given the Book, who follow it as it ought to be followed, they will believe in it (the Qur’an), and whoever disbelieves in it, then these are the losers.
122. O Children of Isra’il! Remember My favour which I bestowed upon you, and that I distinguished you above other peoples.
123. And fear the day when no soul shall avail another, nor shall any compensation be accepted from it, nor shall any intercession be of any use to it, nor shall they be helped.
124. And (remember) when his Lord taught Ibrahim certain commands, then he fulfilled them, He said: “I will surely make you an Imam (leader) of the people.” He (Ibrahim) said: “And from my offspring (also)?” He said: “My covenant applies not to wrongdoers.”
125. And when We made the House (the Ka‘bah) a gathering-place and a sanctuary for the people, (saying): “Take the Station of Ibrahim as a place of prayer.” And We enjoined Ibrahim and Isma‘il thus, “Purify My House for those who go around it, and those who use it as a retreat, and those who bow, and those who prostrate (In prayer).”
126. And when Ibrahim said: “My Lord! Make this city (Makkah) secure, and provide its people with fruits, those of them who believe in Allah and the Last Day.” He (Allah) said: “And as for him who disbelieves, I will let him enjoy for a while, then I will drive him to the torment of the Fire, and an evil refuge is that.”
Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul




