j1h17-Surah Al-Baqarah

Halaman 17

Tarjuman
Bahasa Melayu

106. Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansuhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang setanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu?

107. Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapa pun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan (untuk menghindari azab).

108. Adakah kamu pula hendak meminta daripada rasul kamu sebagaimana diminta daripada Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya dia telah sesat daripada jalan yang benar.

109. Banyak dalam kalangan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul daripada diri mereka sendiri, sesudah nyata bagi mereka kebenaran (Nabi Muhammad). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah mereka, sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

110. Dan dirikanlah solat serta keluarkanlah zakat dan apa sahaja yang kamu kemukakan berupa kebajikan buat diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala apa yang kamu kerjakan.

111. Mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula, “Sekali-kali tidak akan masuk syurga melainkan orang yang beragama Yahudi atau Nasrani.” Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad), “Tunjukkanlah bukti kebenaran kamu, jika kamu orang yang benar.”

112. Tidaklah sedemikian, bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang dia berbuat kebaikan, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

English

106. Whatever verse (revelation) do We abrogate or cause to be forgotten, We bring one better than that or the like thereof. Do you not know that Allah indeed has power over all things?

107. Do you not know that to Allah belongs the kingdom of the heavens and the earth? And besides Allah you have no patron or helper?

108. Do you (Muslims) desire to question your Messenger as Musa was questioned before? And whoever chooses disbelief in place of belief, he indeed has gone astray from the straight path.

109. Many of the People of the Book desire that they turn you into disbelievers after you have believed, out of envy from themselves, after the truth has become clear to them, then forgive and overlook, till Allah
brings His command. Surely, Allah has power over all things.

110. And observe the prayer, and give the stated alms, and whatever good you send forth for your souls, you shall find it with Allah. Surely Allah sees what you do.

111. And they say: “None shall enter Heaven unless he be a Jew or a Christian.” These are their longings. Say: “Bring forth your proof if you are truthful.”

112. No! He who submits himself completely to Allah, and he is a doer of good, then he shall have his reward from his Lord and no fear shall be on such, nor shall they grieve.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul