Surah Al-Baqarah-j1h12

Halaman 12

Tarjuman
Bahasa Melayu

77. Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka zahirkan?

78. Dan antara mereka (orang Yahudi) itu pula ada orang yang buta huruf (orang awam) yang tidak mengetahui akan isi Kitab (Taurat) kecuali penerangan-penerangan dusta (yang mereka dengar daripada ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.

79. Maka kecelakaan besar bagi orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka sendiri (lalu mengubah Kalamullah mengikut nafsu mereka), kemudian mereka berkata, “Ini ialah dari sisi Allah,” dengan maksud untuk memperdagangkannya dengan keuntungan duniawi yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka itu, dan kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang mereka usahakan itu.

80. Dan mereka berkata (tatkala Nabi Muhammad mengancam mereka dengan azab neraka), “Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka kecuali selama beberapa hari yang tertentu sahaja.” Katakanlah (wahai Muhammad), “Adakah kamu sudah menerima janji daripada Allah sehingga (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janji-Nya? Ataukah kamu hanya mengatakan terhadap Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?”

81. Sebenarnya tidaklah sedemikian, sesiapa yang berbuat kejahatan dan dia diliputi (dilingkungi) oleh dosa kesalahannya itu, maka merekalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.

82. Sebaliknya orang yang beriman serta beramal soleh, mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.

83. Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israel (dengan berfirman), “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang miskin, serta ucapkanlah kepada sesama manusia kata-kata yang baik, dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat.” Kemudian kamu berpaling mengingkari (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu sememangnya orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

English

77. And do they not know that Allah knows what they hide and what they reveal?

78. And some of them are illiterate, who know nothing about the Book, but they only have wishful fancies, and they do nothing but conjecture. 

79. So, woe be to those who write the Book with their hands, then say: “This is from Allah,” that they may exchange it for a small price. So, woe be to them for what their hands have written, and woe be to them for what they earn. 

80. And they say, “The Fire shall not touch us but for a few days.” Say: “Have you made a covenant with Allah? If so, Allah will not break His covenant or is it that you say about Allah that which you know not?” 

81. No! Whoever earns evil and is surrounded by his wrongdoings, these, then are the companions of the Fire, in it they abide forever.

82. And those who believe and do righteous deeds, these are the companions of the Garden, in it they dwell forever. 

83. And (remember) when We, took a covenant from the Children of Isra’il, (saying): “You shall not worship but Allah, and be kind to parents, and to the near of kin, and the orphans, and the needy and speak to people in a kindly way, and observe prayer, and pay the stated alms.” Then you turned back, except a few of you, and you were heedless. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul