Halaman 172
Tarjuman
Bahasa Melayu
164. Dan (ingatlah) ketika segolongan dalam kalangan mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat berat?” Orang (yang memberi nasihat) itu menjawab, “(Nasihat itu ialah) agar kami mempunyai alasan (pelepasan tanggungjawab apabila disoal di akhirat kelak) kepada Tuhan kamu dan supaya mereka bertakwa.”
165. Maka tatkala mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu dan Kami timpakan kepada orang yang zalim azab yang amat berat disebabkan mereka berbuat fasik (derhaka).
166. Maka tatkala mereka bersikap sombong (tidak mengambil endah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka, “Jadilah kamu kera yang hina.”
167. Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu bahawa sesungguhnya Dia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu sehingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan kepada mereka azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab-Nya dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,
168. Dan kami bahagi-bahagikan mereka (kaum Yahudi itu) menjadi beberapa puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. Antara mereka ada yang soleh dan antaranya juga ada yang tidak demikian. Kami juga menguji mereka dengan nikmat pemberian yang baik dan bencana yang buruk, agar mereka kembali (bertaubat).
169. Maka mereka kemudiannya digantikan oleh generasi (yang jahat) dan mewarisi Kitab (Taurat), yang mengambil harta benda yang rendah nilainya di dunia ini sambil berkata, “Kami akan diampuni kelak.” Padahal jika datang kepada mereka harta benda yang rendah nilainya seperti itu mereka akan mengambilnya lagi. Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka dalam Kitab Taurat bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar dan mereka pula telah mempelajari apa yang terkandung dalamnya? Juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Apakah kamu tidak mahu mengerti?
170. Dan orang yang berpegang teguh dengan kitab Allah serta mendirikan solat, sesungguhnya Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berusaha memperbaiki (keadaan amalannya).
English
164. And when a party from among them said: “Why do you advise a people whom Allah is going to destroy or punish with a severe punishment?” They replied: “To escape being blamed before your Lord, and in order that they may fear Allah.”
165. But when they forgot what they had been reminded of, We saved those who forbade evil, and We seized the wrongdoers with a severe punishment because they used to transgress.
166. So when they disdained leaving that which they had been forbidden, We said to them: “Be ape like, despised.”
167. And remember when your Lord announced (to them) that He would raise up against them those who would afflict them with a grievous torment to the Day of Resurrection. Surely your Lord is quick in punishment, and surely He is (also) Often Forgiving, Most Merciful.
168. And We divided them on the earth into communities, some of them are righteous and some of them are those who do otherwise. And We tried them with good things and bad things that they may return.
169. Then there came after them successors, who inherited the Book (and) began taking the goods of this low life, saying: “It will be forgiven to us,” and if goods like those came again to them, they would take them.
Was not the covenant of the Book taken from them, that they should say nothing about Allah except the truth? And they have studied what is therein. And the home of the Hereafter is better for those who are pious. Will you not then understand?
170. And there are those who hold fast to the Book, and establish prayer.
Surely We waste not the reward of those who do righteous deeds.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

