Surah Al-A’raf-j9h171

Halaman 171

Tarjuman
Bahasa Melayu

160. Dan kami membahagikan mereka (Bani Israel) menjadi dua belas suku yang besar jumlahnya dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap golongan (antara mereka) mengetahui tempat minum masing-masing. Kami juga menaungi mereka dengan awan di atas mereka dan Kami menurunkan kepada mereka ‘Mann’ (manisan seumpama madu) dan ‘Salwa’ (burung seakan-akan puyuh). (Lalu Kami berfirman), “Makanlah yang baik-baik daripada apa yang Kami telah kurniakan kepada kamu.” Mereka tidak menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi merekalah menganiaya diri mereka sendiri.

161. Dan (ingatlah) ketika dikatakan kepada mereka, “Tinggallah sahaja di bandar ini dan makanlah daripada makanannya apa sahaja yang kamu sukai serta berdoalah dengan berkata, ‘Wahai Tuhan kami! Bebaskanlah kami daripada dosa’, dan masuklah melalui pintu gerbangnya dengan tunduk merendah diri, nescaya Kami mengampunkan dosa-dosa kamu. Kami akan menambah (balasan) bagi orang yang berbuat kebaikan.”

162. Maka orang yang zalim dalam kalangan mereka menukarkan perintah itu dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka. Maka Kami timpakan azab dari langit disebabkan kezaliman yang mereka lakukan.

163. Dan bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (Bani Israel) mengenai (penduduk) bandar yang terletak di tepi laut semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di permukaan air, sedangkan pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) disebabkan mereka sentiasa berlaku fasik.

English

160. And We divided them into twelve tribes (becoming so many) communities. And We inspired Musa, when his people asked him for water, saying: “Strike the rock with your stick.” Then twelve springs flowed from it, each tribe knew well its watering place. And We shaded them with clouds, and We sent upon them the Manna and the Quails (Salwa), (saying): “Eat of the good things We have provided you with.” And We were not unjust, but they did injustice to themselves.

161. And when it was said to them: “Dwell in this town and eat from it wherever you wish, and say: ‘Remove our sins,’ and enter the gate bowing down. We shall forgive you your sins, (and) We shall soon add more to the doers of good.”

162. But those among them who did wrong changed (this) into a saying other than what had been said to them, therefore We sent upon them a plague from heaven, because of their wrongdoing.

163. And ask them (O Muhammad) about the town which was by the sea. Remember when they exceeded the limits with regard to the Sabbath,
because on the day of the Sabbath their fish came to them appearing on the surface of the water, but on the day when they did not keep the Sabbath, they came not to them. Thus did We try them because of their
disobedience.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi