Halaman 168
Tarjuman
Bahasa Melayu
144. Allah berfirman, “Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah memilih engkau mengatasi umat manusia (yang ada pada zamanmu) dengan membawa risalah-Ku (Kitab Taurat) dan dengan Kalam-Ku (perbicaraan secara langsung dengan-Ku). Oleh itu, berpegang teguhlah kepada apa yang Aku kurniakan kepadamu dan jadilah engkau dalam golongan orang yang bersyukur.”
145. Kami telah menuliskan bagi (Nabi) Musa pada lauh-lauh (lembaran-lembaran daripada batu atau kayu yang tertulis padanya isi Taurat) itu pelbagai jenis pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar syariat dan hukum-hakam). Oleh itu, berpegang teguhlah kepadanya dengan bersungguh-sungguh dan suruhlah kaummu berpegang teguh (serta mengamalkannya) dengan sebaik-baiknya, nanti Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang yang fasik (derhaka).
146. Aku akan memesongkan (hati) orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar daripada (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku). Mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang bukti, mereka tidak beriman kepadanya. Jika mereka melihat jalan (yang membawa kepada) hidayah, mereka tidak mahu menempuhnya. Tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
147. Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, sia-sialah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan apa yang mereka telah kerjakan (daripada perbuatan kufur dan maksiat).
148. Dan sesudah keberangkatan (Nabi) Musa (ke Gunung Tursina), kaum (Nabi Musa) membuat daripada barang-barang perhiasan mereka, patung anak lembu yang bertubuh dan bersuara (yang didengari). (Allah berfirman), “Apakah mereka tidak memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah), dan sememangnya mereka adalah orang yang melakukan kezaliman.”
149. Dan setelah mereka menyesali (perbuatan mereka) dan mengetahui bahawa mereka telah sesat, mereka pun berkata, “Sesungguhnya jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampuni kami, pastilah kami menjadi orang yang rugi.”
English
144. He said: “O Musa! Surely I have chosen you above the rest of men with My messages and with My words. So take what I have given you, and be grateful.”
145. And We wrote for him in the Tablets instructions of all kinds and a clear explanation of everything, (and We said): “Hold these then with strength, and command your people to carry out the best thereof. We will
soon show you the home of the disobedient.”
146. I shall turn away from My signs those who behave arrogantly on the earth without any just cause. And even if they see all the signs, they will not believe in them, and if they see the way of righteousness, they will not adopt it as their way, but if they see a crooked way, they will adopt it as their way. This is so because they surely rejected Our signs, and were heedless about them.
147. And as for those who reject Our signs and the meeting of the Hereafter, wasted are their deeds. Can they expect to be rewarded for anything except for what they did?
148. And the people of Musa took (to themselves) in his absence a calf made of their ornaments, a body with a bellowing sound. Did they not
see that it surely could not speak to them, nor guide them (to the right) way? They took it (for worship) and they were wrongdoers.
149. And when they regretted and saw that they had surely gone astray,
they said: “Unless our Lord have mercy on us and forgive us, we would
surely be of the losers.”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

