Halaman 163
Tarjuman
Bahasa Melayu
96. Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu rezeki) yang melimpah-ruah keberkatannya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
97. Patutkah penduduk negeri-negeri itu berasa aman (bersenang hati) daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari semasa mereka sedang tidur?
98. Atau patutkah penduduk negeri-negeri itu berasa aman (bersenang hati) daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari semasa mereka sedang leka bermain-main?
99. Patutkah mereka (bersuka ria) sehingga mereka berasa aman akan balasan buruk daripada Allah? Kerana (sebenarnya) tidak ada yang berasa aman daripada rancangan balasan buruk yang diatur oleh Allah itu melainkan orang yang rugi.
100. Adakah masih belum beroleh petunjuk bagi orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka? Dan Kami memateri hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran).
101. Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian daripada khabar beritanya kepadamu (wahai Muhammad), dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan bukti-bukti yang nyata (mukjizat), namun mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah memateri hati orang yang kafir.
102. Kami tidak dapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang ditepati), dan Kami tidak dapati kebanyakan mereka melainkan orang yang fasik.
103. Kemudian Kami mengutus (Nabi) Musa selepas rasul-rasul itu dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya, lalu mereka berlaku zalim (ingkar) akan ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang membuat kerosakan.
104. (Nabi) Musa berkata, “Wahai Firaun! Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul daripada Tuhan sekalian alam.”
English
96. And if the residents of the towns had believed and been pious, We would surely have opened for them blessings from heaven and from earth but they rejected (the truth), then We overtook them for what they used to earn.
97. Are the residents of the towns secure from the coming of Our wrath by night while they asleep?
98. Or are the residents of the towns secure from the coming of Our wrath by daylight while they play?
99. Are they then secure from the plan of Allah? No one, then, feels secure from the plan of Allah except those who are doomed to be the losers.
100. Do not they who inherit the earth after its former residents realise that had We willed, We could punish them for their sins, and that We could seal their hearts, so they would not be able to listen (to guidance)?
101. These are the towns whose stories of which We have related to you. And most certainly their Messengers came to them with clear proofs, but they were not going to believe that which they had already rejected. And thus does Allah seal up the hearts of the disbelievers.
102. And We found not most of them (stick to) any kind of covenant, but We found the majority of them assuredly disobedient.
103. Then, after them, We sent Musa with Our signs to Pharaoh and his
chiefs, but they disbelieved in them. See then what was the end of the
evildoers.
104. And Musa said: “O Pharaoh! Surely, I am a Messenger from the Lord of the worlds.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

