Halaman 161
Tarjuman
Bahasa Melayu
82. Dan tidak ada jawapan daripada kaumnya selain daripada berkata, “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah golongan yang berpura-pura menyucikan diri.”
83. Maka Kami selamatkannya dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, dia tergolong daripada orang yang dibinasakan.
84. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, perhatikan bagaimana akibat orang yang melakukan kejahatan.
85. Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka, (Nabi) Syu’aib. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain Dia. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata daripada Tuhan kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan. Janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan perkara-perkara yang menjadi haknya dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah memperelokkan kejadiannya. Demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu benar-benar beriman.”
86. “Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan dengan (tujuan) menakut-nakutkan dan menghalangi orang yang beriman daripada melalui jalan Allah, dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu menjadi bengkok (terpesong). Ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu bertambah ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang (sebelum kamu) yang berbuat kerosakan.”
87. “Dan jika ada segolongan daripada kamu beriman kepada (wahyu Allah) yang aku diutuskan untuk menyampaikannya, dan ada pula segolongan yang tidak beriman, maka bersabarlah sehingga Allah menetapkan hukum-Nya di antara kita semua. Dia-lah sebaik-baik hakim (yang paling adil).”
English
82. And the answer of his people was only that they said: “Turn them out of your town, for they are surely people who aspire to be pure.”
83. Then We saved him and his family, except his wife, she was of those who remained behind.
84. And We rained upon them a kind of rain (of stones). See then what was the end of the sinners.
85. And to (the people of) Madyan (We sent) their brother Shu‘ayb. He said: “O my people! Worship Allah, you have no god other than Him. Clear sign indeed has come to you from your Lord, then give full measure, and (full) weight, and defraud not men of their goods, and do not do evil on
the land after its reform. This is best for you if you are believers.”
86. “And sit not in every road holding out threats, and turning away from the way of Allah those who believe in Him and you seek to make it crooked. And remember when you were small in numbers, then He increased you, and see what was the end of those who did evil.”
87. “And if a party of you believe in what has been sent down to me, there is a party who believe not. Wait (be patient) then until Allah decides (judges) between us, for He is the Best of judges.”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

