Surah Al-A’raf-j8h160

Halaman 160

Tarjuman
Bahasa Melayu

74. “Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum ‘Ad dan ditempatkan-Nya kamu di bumi (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata dan kamu memahat gunung-ganang untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi.”

75. Ketua-ketua yang sombong daripada kaumnya berkata kepada orang yang dipandang lemah iaitu orang yang telah beriman antara mereka, “Tahukah kamu bahawa (Nabi) Soleh itu diutus daripada Tuhannya?” Mereka menjawab, “Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang diutus kepadanya (untuk disampaikannya).”

76. Mereka yang sombong itu berkata, “Sesungguhnya kami tetap ingkar akan apa yang kamu beriman kepadanya.”

77. Maka mereka pun menyembelih unta itu dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka sambil berkata, “Wahai Soleh! Datangkanlah (azab) yang engkau telah ancamkan kepada kami, jika betul engkau daripada rasul-rasul yang diutus (oleh Allah).”

78. Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal masing-masing.

79. Maka (Nabi Soleh) pun meninggalkan mereka sambil berkata, “Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang yang memberi nasihat.”

80. Dan (Nabi) Lut juga (Kami utuskan, ingatlah) ketika dia berkata kepada kaumnya, “Tergamak kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?”

81. “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”

English

74. “And remember when He made you successors after ‘Ad (people), and He established you in the land, you build palaces in the plains thereof, and hew out houses in the mountains, remember then Allah’s favours, and act not corruptly in the land, doing evil.”

75. The arrogant leaders among his people said to those who were weak, (namely) to those who had believed among them: “Do you know that Salih is the one sent from His Lord?” They said: “We indeed believe in what
has been sent with him.”

76. Those arrogants said: “Surely we disbelieve in what you believe.”

77. They then killed the she-camel and rebelled against the command of their Lord, and they said: “O Salih, bring to us what you threaten us with, if you are one of the Messengers.”

78. Then an earthquake seized them so they became corpses, lying down in their land (lit. home).

79. Then he turned from them, and said: “O my people! Surely I delivered to you the message of my Lord, and I gave advice for your good, but you love not those who give advice.”

80. And (We sent) Lut, when he said to his people: “Do you commit (the worst) sin which no one of the people of the world has done before you?”

81. “You are surely running to males with lust rather than to females. Nay, you are a transgressing people.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi