Surah Al-A’raf-j8h158

Halaman 158

Tarjuman
Bahasa Melayu

58. Dan negeri yang subur (tanahnya), tanam-tanamannya tumbuh (cepat membesar dan sihat) dengan izin Allah dan negeri yang tidak subur (tanahnya), tanam-tanamannya tidak tumbuh melainkan dengan keadaan sulit dan susah. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan pelbagai cara bagi orang yang (mahu) bersyukur.

59. Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya, lalu dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa azab pada hari yang besar (hari kiamat).”

60. Ketua-ketua daripada kaumnya berkata, “Sesungguhnya kami melihatmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata.”

61. (Nabi Nuh) menjawab, “Wahai kaumku! Tidak ada padaku sebarang kesesatan, tetapi aku adalah seorang rasul daripada Tuhan sekalian alam.”

62. “(Tugasku) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh) Tuhanku, aku memberi nasihat kepada kamu dan aku mengetahui (melalui wahyu) daripada Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”

63. “Adakah kamu berasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu melalui seorang lelaki daripada golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu dan supaya kamu bertakwa dan beroleh rahmat?”

64. Maka mereka terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan (Nabi Nuh) dan orang yang bersamanya di dalam bahtera dan Kami tenggelamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya daripada melihat kebenaran).

65. Dan kepada kaum ‘Ad, (Kami utuskan) saudara mereka, (Nabi Hud). Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertakwa kepada-Nya?”

66. Ketua-ketua yang kafir daripada kaumnya berkata, “Sesungguhnya kami (wahai Nabi Hud) memandang engkau berada dalam kebodohan dan sesungguhnya kami fikir engkau adalah dalam kalangan orang yang berdusta.”

67. (Nabi Hud) menjawab, “Wahai kaumku! Tidak ada padaku sebarang kebodohan, tetapi aku adalah seorang Rasul daripada Tuhan sekalian alam.”

English

58. And a good soil brings forth its vegetation with the command of its Lord. And a bad soil brings forth nothing but unhappiness. Thus do We explain the signs in various ways to a group of people who give thanks.

59. Most surely We sent Nuh to his people, then he said: “O my people! Worship Allah, you have no god other than Him. Surely I fear for you the torment of a Great Day.”

60. The leaders of his people said: “Most surely we see you in apparent error.”

61. (Nuh) said: “O my people! No error is mine, on the contrary, I am a Messenger from the Lord of all the worlds.

62. I deliver to you the messages of my Lord, and I advise you for your good, and I know from Allah what you do not know.

63. Well, does it surprise you that a reminder from your Lord has come to you by means of a man from among you, in order that he may warn you, and that you may fear Allah, and that you may be shown mercy?”

64. But they rejected him, so We saved him and those with him in the Ark, and We drowned those who rejected Our signs. Surely they were a blind people.

65. And to ‘Ad (We sent) their brother Hud. He said: “O my people! Worship Allah, you have no god other than Him. Will you not fear (Allah) then?”

66. The leaders of those among his people who disbelieved said: “Surely
we see you in a folly, and surely we think you are a liar.”

67. (Hud) said: “O my people! There is no folly in me, on the contrary I am
a Messenger from the Lord of the worlds.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi