Halaman 152
Tarjuman
Bahasa Melayu
12. Allah berfirman, “Apakah yang menghalangmu daripada sujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?” Iblis menjawab, “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) telah menjadikan aku daripada api, sedang dia Engkau jadikan daripada tanah.”
13. Allah berfirman, “Turunlah engkau dari (syurga) ini kerana tidak patut engkau bersikap sombong di dalamnya, oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau daripada golongan yang hina.”
14. Iblis berkata, “Berilah tempoh kepadaku (untuk menggoda manusia) hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).”
15. Allah berfirman, “Sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).”
16. Iblis berkata, “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat, (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh-sungguh menghalangi mereka (daripada) jalan-Mu yang lurus.”
17. “Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka. (Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”
18. Allah berfirman, “Keluarlah engkau dari syurga sebagai makhluk yang terhina lagi terusir. Sesungguhnya sesiapa antara mereka yang menurutmu, bahawasanya Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya.”
19. (Dan Allah berfirman), “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah (daripada makanannya sepuas-puasnya) apa sahaja yang kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan tergolong daripada orang yang zalim.”
20. Setelah itu, syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata, “Tuhan kamu tidak melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga).”
21. Dan dia (syaitan) bersumpah kepada kedua-duanya (dengan berkata), “Sesungguhnya aku termasuk daripada orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua.”
22. Maka dengan itu dapatlah dia (syaitan) memperdaya mereka berdua. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka menutupnya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru, “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua daripada pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?”
English
12. (Allah) said: “What prevented you from prostrating when I commanded you?” He (Iblis) said: “I am better than him (Adam), You created me of fire,
and You created him of clay.”
13. (Allah) said: “Then get down from this (paradise). It is not for you to behave proudly here. Therefore get out, for surely you are of those who are humiliated.”
14. (Iblis) said: “Allow me respite till the day they are raised up again.”
15. (Allah) said: “Surely, you are of those who granted respite.”
16. (Iblis) said: “Because You have left me to astray, surely I will lie in waiting for them (on) Your straight path.
17. Then, surely, I will attack them from their front, and from their back, and from their right, and from their left and You will not find most of them thankful.”
18. (Allah) said: “Get out of this, dishonoured, expelled. Surely, whoever follows you from them, I will certainly fill Hell with you all together.”
19. “And O Adam! Dwell you and your wife (in) the Garden, then eat wherever you wish, but approach not this tree, otherwise you will become of the wrongdoers.”
20. Then Satan made evil suggestions to them so that he might reveal that which was hidden from them of their shame, and said: “Your Lord has not forbidden you (eating) from this tree but lest that you may
become angels, or you become immortals.”
21. And he swore to them both (saying): “Surely, I am a sincere adviser to you.”
22. Then he made them fall through delusion then when they both tasted
this tree, their shame became manifest to them, and they began to cover
themselves with the leaves of the Garden. And their Lord called out to
them both, “Have I not forbidden you both from this tree, and have I not
said to you both that Satan is a clear enemy to you?”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

