Halaman 404
Tarjuman
Bahasa Melayu
64. Dan kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah (ibarat) hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya sekiranya mereka mengetahui.
65. (Dalam pada itu), apabila mereka melayari bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepada-Nya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (kembali) ke darat, mereka (kembali) melakukan syirik kepada-Nya.
66. Maka jadilah mereka orang yang kufur akan nikmat yang Kami telah berikan kepada mereka dan orang yang hanya bersuka ria di dunia, lalu mereka akan mengetahui kelak (akibat buruk apa yang mereka telah lakukan).
67. Dan tidakkah mereka perhatikan bahawa Kami telah menjadikan (Makkah, negeri mereka) Tanah Suci yang dihormati lagi aman, sedangkan manusia yang tinggal di sekeliling mereka sering melakukan pembunuhan dan rompakan? Maka adakah patut mereka percaya kepada perkara yang batil dan kufur akan nikmat-nikmat Allah?
68. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya? Bukankah di dalam Neraka Jahanam itu tempat tinggal bagi orang yang kafir?
69. Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan) Allah benar-benar bersama orang yang berusaha membaiki amalannya.
1. Alif, Lam, Mim.
2. Bangsa Rom telah dikalahkan (oleh kerajaan Parsi).
3. Di negeri yang terdekat (dengan Parsi iaitu Syam dan Palestin) dan mereka (bangsa Rom) selepas kekalahan itu akan menang (ke atas bangsa Parsi).
4. Dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah jualah segala urusan sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya, dan pada ketika (kemenangan Rom) itu bergembiralah orang yang beriman.
5. Dengan pertolongan Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dia-lah jua Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.
English
64. And the life of this world is nothing but a amusement and play, and surely the Home of the Hereafter is the true life, if they but knew!
65. Then when they embark upon a ship, they call upon Allah exclusively in obedience to Him. But when He saves them towards the land, behold! they associate partners (with Allah).
66. Thus they become ungrateful for what We have given them, and they wish to enjoy themselves. But soon they will know.
67. Well then, do they not see that We have made the Sanctuary (Makkah) a place of security, and yet men are being snatched away from around them? Will they then believe in falsehood, and deny the favour of Allah?
68. And who does more wrong than one who invents a lie against Allah, or rejects the truth when it comes to him? Is there not a dwelling in Hell for the unbelievers?
69. But as for those who strive in Our cause, We will most surely guide them to Our Ways. And most surely Allah is with the good doers.
1. Alif, Lam, Mim.
2. The Romans have been defeated.
3. In the land nearby, and they, after their defeat, will be victorious (in the near future),
4. Within a few years. To Allah belongs the command before and after. And on that Day, the believers shall rejoice,
5. With the help of Allah. He helps those whom He wills; for He is the All-Mighty, the Most Merciful.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran


Asbab-al-Nuzul


