Halaman 181
Tarjuman
Bahasa Melayu
34. Dan mengapa Allah tidak mengazab mereka sedangkan mereka menyekat (orang Islam) daripada (beribadah) di Masjidil Haram, padahal mereka bukanlah orang yang berhak menguasainya (kerana mereka kafir musyrik)? Sebenarnya orang yang berhak menguasainya hanyalah orang yang bertakwa, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
35. Dan tiadalah upacara sembahan mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu, rasakanlah kamu (wahai orang kafir) akan azab dengan sebab kekufuran kamu.
36. Sesungguhnya orang kafir yang menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (manusia) daripada jalan Allah, maka mereka akan tetap menafkahkannya (harta itu), kemudian timbul penyesalan kepada mereka (kerana tiada hasil), tambahan pula apabila mereka dikalahkan. (Ingatlah) orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan di dalam Neraka Jahanam.
37. Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) daripada yang baik (golongan yang beriman) dan menjadikan (golongan) yang jahat itu sebahagiannya bersatu dengan sebahagian yang lain, lalu Allah menimbunkan kesemuanya lalu memasukkan mereka ke dalam Neraka Jahanam. Mereka itulah orang yang rugi.
38. Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang yang kafir itu, “Jika mereka berhenti (daripada kekufuran dan memerangi Rasulullah), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali semula (menjadi kafir dan memerangi Rasulullah), maka sesungguhnya akan berlaku kepada mereka sunnah Allah terhadap orang terdahulu (dengan cara membinasakan mereka).”
39. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah (syirik) dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. Kemudian jika mereka berhenti (daripada kekufuran dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.
40. Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh) maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung kamu. Dia-lah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong (yang menyelamat dan memenangkan kamu).
English
34. But what excuse have they now that Allah should not punish them, when they keep out (people) from the Sacred Mosque, though they are not its guardians? Its guardians are only those who are righteous, but
most of them know not.
35. And their prayer at the House (of Allah) is nothing but whistling and clapping of hands. Taste then the punishment because you used to disbelieve.
36. As for those who disbelieve, they spend their wealth to hinder (people) from the way of Allah, and so will they continue to spend it, then it will be the cause of their regret, then they will be conquered. And those
who disbelieve shall be gathered to Hell.
37. In order that Allah may separate the impure from the pure and Allah will place the impure one upon the other, then He will pile altogether, then He will throw it (the pile) into Hell. Then these are the losers.
38. Say to those who disbelieve that if they desist, their past will be forgiven, but if they return (to evil), then surely the example of the ancients is before their eyes.
39. And fight them till there is no more persecution, and the religion is only for Allah. But if they desist, then surely Allah sees what they do.
40. But if they turn back, then know that Allah is your Protector, the best of Protectors and the best of Helpers (is He).
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

