Halaman 329
Tarjuman
Bahasa Melayu
82. Dan (Kami mengerahkan) sebahagian daripada syaitan untuk menyelam baginya, serta melakukan kerja-kerja yang lain daripada itu. Kami sememangnya mengawal mereka (daripada melanggar perintahnya).
83. Dan (sebutkanlah peristiwa Nabi) Ayyub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata, “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit. Engkau sahaja Yang Maha Penyayang daripada segala yang penyayang.”
84. Maka Kami memperkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan keluarganya kepadanya, dengan seganda lagi ramai, sebagai satu rahmat daripada Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang yang taat kepada Kami.
85. Dan (demikianlah pula Nabi) Ismail, Idris dan Zulkifli. Semuanya adalah daripada orang yang sabar.
86. Dan Kami memasukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami. Sesungguhnya mereka adalah daripada orang yang soleh.
87. Dan (sebutkanlah peristiwa) Zu al-Nun (Nabi Yunus), ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan. (Setelah dia ditelan ikan paus) maka, dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata, “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang yang menganiaya diri sendiri.”
88. Maka Kami mengabulkan permohonan doanya, dan Kami menyelamatkannya daripada kesusahan yang menyelubunginya. Sebagaimana Kami menyelamatkannya, maka Kami juga akan menyelamatkan orang yang beriman.
89. Dan (sebutkanlah peristiwa Nabi) Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata, “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan aku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat). Engkau-lah jua sebaik-baik yang mewarisi.”
90. Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami mengurniakan kepadanya (anaknya, Nabi) Yahya, dan Kami memperelok (mengubati) keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan pelbagai ihsan kepada rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun. Mereka juga sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
English
82. And (We subjected to him) some of the Evil Ones who dived for him, and did other things besides that. And We were guardians over them.
83. And (remember) Ayyub, when he called his Lord: “Surely hurt has touched me, and You are the Most Merciful of those who show mercy.”
84. Then We responded to him and removed that which was hurting him, and We gave him his family and others like them in addition to them, as a mercy from Ourselves, and a reminder for (Our) servants.
85. And (remember) Isma’il, and Idris, and Dhu al-Kifl, all were from among the patient ones.
86. And We caused them to enter into Our mercy. Surely they were all among the righteous.
87. And (remember) Dhu al-Nun, when he went away full of anger, and thought We could not reach him. And cried in the darkness, saying: “There is no god but You, Glory be to You, surely I am of the wrongdoers.”
88. Then We responded to him, and saved him from sorrow and thus do We save the believers.
89. And (remember) Zakariyya, when he cried to his Lord: “Leave me not without offspring, though You are the Best of inheritors.”
90. Then We responded to him, and gave him Yahya, and We cured his wife for him. Surely they competed with each other in doing righteous deeds, and called upon Us with hope and in fear. And they were humble before Us.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

