Halaman 328
Tarjuman
Bahasa Melayu
73. Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka untuk mengerjakan kebaikan dan mendirikan solat serta menunaikan zakat. Mereka pula sentiasa beribadah kepada Kami.
74. Dan kepada (Nabi) Lut, Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu, dan Kami selamatkannya dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang jahat lagi fasik.
75. Dan Kami masukkan (Nabi Lut) dalam (kumpulan mereka yang dilimpahi) rahmat Kami. Sesungguhnya dia daripada orang yang soleh.
76. Dan (ceritakanlah peristiwa Nabi) Nuh, ketika dia menyeru (berdoa kepada Kami) sebelum (nabi-nabi yang tersebut iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Lut) itu, lalu Kami memperkenankan doanya serta Kami menyelamatkannya dan pengikut-pengikutnya daripada bencana yang besar.
77. Dan Kami menolongnya daripada angkara kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat, lalu Kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga mati lemas dalam banjir yang besar).
78. Dan (sebutkanlah peristiwa Nabi) Daud dan Sulaiman, ketika mereka berdua menjatuhkan hukuman mengenai tanam-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam. Sememangnya Kami yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.
79. Maka Kami beri (Nabi) Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu, dan masing-masing (daripada mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak), dan Kami tundukkan gunung-ganang dan burung-burung memuji Kami bersama-sama dengan (Nabi) Daud. Kami sememangnya berkuasa melakukan semuanya itu.
80. Dan Kami mengajar (Nabi Daud) membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu. Maka adakah kamu sentiasa bersyukur?
81. Dan (Kami tundukkan) bagi (Nabi) Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya dan Kami sememangnya mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
English
73. And We made them leaders, guiding (people) by Our command, and We ordered them the doing of good things, observing of prayer, and giving of alms and they were Our servants.
74. And as for Lut, We gave him wisdom and knowledge, and We saved him from the town which practised abominations. Surely they were evil (and) disobedient people.
75. And We admitted him to Our Mercy, surely he was of the righteous.
76. And (remember) Nuh, when he cried, earlier, so We responded to him, and saved him and his family from the great calamity.
77. And We helped him against the people who rejected Our signs. Surely they were evil people, so We drowned them all.
78. And (remember) Dawud and Sulayman, when they gave judgement with regard to a field which had been trampled over at night by the goats of the people, and We were witnesses to their judgement.
79. Then We made Sulayman understand (the case), and to each one of them We had given wisdom and knowledge. And We subjected the mountains and the birds to glorify us together with Dawud. And it was We who are able to do so.
80. And We taught him the making of metal (of arms) for you to protect yourselves in your fighting.Then are you grateful?
81. And to Sulayman (We taught) the use of blowing winds which moved with His command to the land in which We had blessed. And We have full knowledge of all things.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

