Surah Al-Anbiya’-j17h326

Halaman 326

Tarjuman
Bahasa Melayu

45. Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya aku hanyalah memberi amaran kepada kamu dengan wahyu (al-Quran yang diturunkan Allah kepadaku). Sudah tentu orang yang pekak tidak dapat mendengar seruan apabila mereka diberi amaran.”

46. Dan sesungguhnya jika mereka disentuh sedikit sahaja dengan azab Tuhanmu, sudah tentu mereka akan berkata, “Alangkah celakanya kami! Sebenarnya kami adalah orang yang zalim (terhadap diri sendiri)!”

47. Dan Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat. Maka tidak ada sesiapa pun yang akan teraniaya walaupun sedikit. Jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung). Cukuplah Kami sebagai Penghitung.

48. Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepada (Nabi) Musa dan Harun al-Furqan (Kitab Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan yang menjadi cahaya yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran, bagi orang yang bertakwa.

49. Iaitu mereka sentiasa takut kepada Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang, dan mereka juga gementar akan (peristiwa-peristiwa yang mengerikan pada) hari kiamat.

50. Dan al-Quran ini juga peringatan yang diberkati, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad). Dengan keadaan yang demikian, maka patutkah kamu mengingkarinya?

51. Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepada (Nabi) Ibrahim sebelum itu hidayahnya (kepada tauhid). Kami adalah mengetahui akan halnya.

52. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, “Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?”

53. Mereka menjawab, “Kami dapati nenek moyang kami selalu menyembahnya.”

54. Dia berkata, “Sesungguhnya kamu dan nenek moyang kamu adalah dalam kesesatan yang nyata.”

55. Mereka bertanya, “Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar (sebagai seorang Rasul), atau engkau daripada orang yang bermain-main sahaja?”

56. Dia menjawab, “(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dia yang menciptanya. Aku adalah daripada orang yang menjadi saksi atas keterangan itu.”

57. “Dan demi Allah, aku akan mengatur rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini).”

English

45. Say (O Muhammad!): “I warn you solely because I have been (so) commanded and the deaf do not hear the call whenever they are warned.” 

46. And surely if a breath of the torment of your Lord touches them, they would certainly say: “O woe be to us, surely we were wrongdoers.”

47. And We will set up the balance of justice on the Day of Resurrection, so that no soul will be wronged in anything and even if it be the weight of a grain of mustard-seed, We will bring it forth. And sufficient are We in taking account. 

48. And most certainly We gave Musa and Harun (the Torah) as the criterion (of right and wrong), and a light and a reminder for the pious.

49. Those who fear their Lord in their heart (lit. in secret), and they stand in awe of the Hour. 

50. And this (Qur’an) is a blessed reminder which We have sent down. Are you then going to deny it? 

51. And most certainly We gave Ibrahim the right path before, and We knew him well. 

52. When he said to his father and to his people: “What are these idols which you sit down to worship?” 

53. They replied: “We have found our fathers worshipping them.” 

54. (Ibrahim) said: “Surely you and your fathers have been in an apparent error.” 

55. They said: “Is it the truth you bring us, or are you of those who play?”

56. (Ibrahim) said: “Nay, your Lord is the Lord of the heavens and the earth, He who created them and I am a witness over this. 

57. And by Allah, I have a plan for your idols after you go away and turn your backs.” 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi