Surah Al-Anbiya’-j17h324

Halaman 324

Tarjuman
Bahasa Melayu

25. Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seorang rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya, “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku. Oleh itu, beribadahlah kamu kepada-Ku.”

26. Dan mereka (yang musyrik) berkata, “(Allah) al-Rahman mempunyai anak.” Maha Sucilah Dia. Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hamba-Nya yang dimuliakan.

27. Mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan (melainkan setelah ada firman-Nya). Mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya.

28. Allah mengetahui apa di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan), dan apa di belakang mereka (yang akan mereka lakukan). Mereka tidak memberi syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredai Allah. Mereka juga sentiasa berhati-hati kerana takut kepada-Nya.

29. Dan (jika ada) sesiapa antara mereka berkata, “Sesungguhnya aku ialah tuhan selain daripada Allah,” maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) Neraka Jahanam. Demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

30. Apakah orang kafir itu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asalnya bercantum (sebagai benda yang satu). Lalu Kami pisahkan di antara kedua-duanya dan Kami jadikan daripada air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

31. Dan Kami telah memacakkan di bumi gunung-ganang yang kukuh supaya bumi itu tidak menggegarkan mereka, dan Kami jadikan padanya jalan-jalan yang luas supaya mereka mendapat petunjuk (untuk mencapai keperluan rohani dan jasmani).

32. Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedangkan mereka (yang kafir itu) berpaling (tidak memerhatikan) tanda-tanda (kekuasaan) Kami yang terdapat padanya.

33. Dan Dia (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan. Tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).

34. Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelum engkau dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?

35. Setiap diri akan merasai mati. Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kami kamu semua akan dikembalikan.

English

25. And We did not send before you any Messenger but We revealed to (saying): “Surely there is no god but I, therefore serve Me.”

26. And they say the Most Gracious has taken a son! Glory be His. Nay, they (the angels) are honoured servants. 

27. They do not precede Him in speech, and they carry out His commands.

28. He knows what is before them, and what is behind them, and they intercede none except him whom He approves, and they stand in awe for fear of Him.

29. And should any one of them say: “I am surely a god besides Him,” then such person, We will recompense him with Hell. This is the way We recompense the wrongdoers. 

30. Do not they who disbelieve see that the heavens and the earth were both joined together, then We parted them? And we made from water every living thing. Will they not then believe? 

31. And We have placed firm mountains on the earth, lest it should shake with them. And We have placed therein open ways, that they may be guided. 

32. And We have made the sky a well guarded roof, but they turn away from its signs. 

33. And He who has created the night and the day, and the sun and the moon, each floating in its own orbit. 

34. And We have not given exemption from death to any man before you, then if you are going to die, will they then be exempt from death? 

35. Each soul has to taste death. And We test you with evil and good, by way of trial. And to Us you will be returned. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi