Surah Al-Anbiya’-j17h322

Halaman 322

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya, sedangkan mereka dalam kelalaian lagi berpaling daripadanya.

2. Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan (ayat-ayat al-Quran) yang baru diturunkan daripada Tuhan mereka melainkan mereka mendengarnya dalam keadaan bermain-main (tidak bersungguh-sungguh).

3. Dengan keadaan hati mereka leka (daripada memahami dan mengamalkan maksudnya). Orang yang zalim itu berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata, “Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka adakah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedangkan kamu menyaksikannya (adalah sihir)?”

4. (Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata, “Tuhanku mengetahui setiap perkataan (yang dizahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi, dan Dia jua yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

5. Bahkan mereka juga menuduh dengan berkata, “Al-Quran itu perkara karut-marut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah dia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah dia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh rasul-rasul yang telah diutus dahulu.”

6. Tidak ada penduduk sesebuah negeri pun yang Kami binasakan sebelum mereka, yang telah beriman kepada mukjizat yang diperlihatkan kepada mereka. Maka, benarkah mereka yang meminta mukjizat itu mahu beriman?

7. Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelum engkau (wahai Muhammad) melainkan orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat). Maka bertanyalah kamu kepada ‘Ahlu al-Zikri’ (orang yang berilmu) jika kamu tidak mengetahui.

8. Dan Kami tidak menjadikan rasul-rasul itu dengan sifat jasad yang tidak makan dan minum, serta mereka pula tidak akan kekal hidup selama-lamanya (di dunia).

9. Kemudian Kami tepati janji Kami kepada mereka, lalu Kami selamatkan mereka dan sesiapa yang Kami kehendaki, dan (sebaliknya) Kami binasakan orang yang melampaui batas.

10. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (al-Quran) yang mengandungi sebab-sebab kemuliaan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya?

English

1. Near unto people is their reckoning, yet they turn away in heedlessness. 

2. Never comes to them a new reminder from their Lord, but they listen to it while they play.

3. Their hearts occupied (with something else), and the wrongdoers hold a secret communication, (and say): “Is this other than a human being like you? Will you then accept this sorcery while you see?” 

4. He (Muhammad) replied: “My Lord knows what is spoken in the heavens and the earth, because He is the All-Hearing, the All-Knowing.” 

5. “Nay, they say: “These are medleys of dreams, nay, he has forged it, nay, he is a poet. Then let him bring us a sign as (did) the ones (Prophets) that were sent before.” 

6. No one of the towns, which We destroyed before believed, will they then believe?

7. And We sent not before you except men whom We gave (Our) command, therefore ask those who have the reminder, if you know not. 

8. And We gave them not bodies that ate no food, and they were not exempt from death. 

9. Then We fulfilled Our promise to them, so We saved them and those We willed, and We destroyed the transgressors. 

10. Most certainly We have sent to you a Book in which there is a reminder for you. Will you not then understand?

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran