Halaman 147
Tarjuman
Bahasa Melayu
143. (Binatang ternakan itu) lapan ekor yang berpasangan daripada kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan betina) dan daripada kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina). Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang musyrik itu), “Adakah yang diharamkan Allah itu, kedua-dua ekor jantannya atau kedua-dua ekor betinanya, atau yang ada dalam kandungan rahim kedua-dua ekor betinanya? Terangkanlah kepadaku dengan berdasarkan ilmu pengetahuan jika betul kamu orang yang benar.”
144. Dan daripada unta dua ekor (sepasang jantan betina), dan daripada lembu dua ekor (sepasang jantan betina). Katakanlah (wahai Muhammad), “Adakah yang diharamkan Allah itu kedua-dua ekor jantannya atau kedua-dua ekor betinanya, atau yang ada dalam kandungan rahim kedua-dua ekor betinanya? Adakah kamu ada menyaksikan ketika Allah menyuruh serta menentukan kepada kamu (atau kepada nenek moyang kamu) dengan (ketetapan) ini?” Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
145. Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor (jijik), atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama selain daripada Allah.” Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedangkan ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
146. Dan Kami haramkan kepada orang Yahudi segala binatang yang berkuku. Dan daripada lembu dan kambing pula Kami haramkan kepada mereka lemaknya, kecuali (lemak) yang melekat pada belakangnya atau yang menyelaputi dalam perutnya, atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami hukum mereka sebagai balasan dengan sebab kederhakaan mereka. Sesungguhnya Kami adalah Maha Benar.
English
143. There are eight males and females, two of the sheep and two of the goats, say: “Has He forbidden the two males or the two females, or that which is wrapped up in the wombs of the two females? Inform me with
knowledge, if you are truthful.”
144. And of the camels two, and two of the cows, say: “Are the two males forbidden, or the two females, or what is wrapped up in the wombs of the two females? Or were you witnesses when Allah ordered you such a thing?” Then who is more unjust than one who forges a lie against Allah, that he may lead mankind astray without any knowledge? Surely, Allah does not guide the wrongdoing people.
145. Say: “I find not, in what has been revealed to me, anything forbidden to a person wishing to take a meal except it be a dead meat, or blood poured forth, or the flesh of swine, for that is impure, or what is impious
being slaughtered in the name of other than Allah. But whoever is compelled to it without being rebellious, neither going beyond the limit, then surely your Lord is Often Forgiving, Most Merciful.”
146. And to the Jews, We forbade every animal with hoofs, and of the cow, and the sheep, We forbade them their fat except what was wrapped up in their backs, or their bowels, or what was attached to their bones. Thus did We recompense them for their rebellion, and We are surely the truthful.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

