Surah Al-An’am-j8h144

Halaman 144

Tarjuman
Bahasa Melayu

125. Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Allah menyempitkan dadanya (tidak mahu menerima dan memahami hidayah Allah), seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Begitulah Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak beriman.

126. Dan inilah jalan Tuhanmu (agama Islam) yang lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) secara terperinci bagi kaum yang mahu beringat (insaf).

127. Bagi mereka (disediakan) syurga Dar al-Salam di sisi Tuhan mereka dan Dia-lah pelindung mereka, disebabkan amalan-amalan soleh yang mereka telah kerjakan.

128. Dan (ingatlah) pada hari Allah akan menghimpunkan mereka semua, (lalu berfirman), “Wahai sekalian jin (syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah meramaikan pengikut-pengikut daripada kalangan manusia.” Dan pengikut-pengikut mereka daripada kalangan manusia berkata, “Wahai Tuhan kami, sebahagian daripada kami telah bersenang-lenang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain dan kami telah sampai kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami.” (Allah berfirman), “Nerakalah tempat kediaman kamu, kamu kekal di dalamnya, kecuali sekiranya Allah menghendaki (yang lain).” Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

129. Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian daripada orang yang zalim itu menjadi teman bagi sebahagian yang lain, disebabkan apa yang mereka telah usahakan (daripada perbuatan-perbuatan kufur dan maksiat itu).

130. Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayat-Ku dan juga memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab, “Kami menjadi saksi (mengakui) akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan rasul-rasul itu).” Dan mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri bahawa sesungguhnya mereka adalah orang yang kafir.

English

125. But whomever Allah wishes to guide, He opens his breast to Islam and whomever He wishes to leave astray, He makes his breast narrow (and) straitened hard, as if he had to climb up to the sky. Thus does Allah puts the wrath on those who refuse to believe.

126. And this is the straight path of your Lord, We have indeed, explained the signs for people who take heed.

127. For them is the Home of Peace with their Lord, and He is their patron because of what they used to do.

128. And the day He will gather them all together, (and say): “You assembly of Jinn, surely you took away a great many men.” And their friends amongst men will say: “Our Lord! We made use of one another, and we have reached the term You did appoint for us.” He will say: “Fire is your residence, you will dwell in it forever except as Allah wills.” Surely your Lord is Wise, Knowing.

129. Thus do We make the wrongdoers befriend one another for what they used to do.

130. “O you assembly of Jinn and mankind! Did not come to you Messengers from among you relating to you My signs and warning you of your meeting of this Day?” They will say: “We bear witness against ourselves.” And the life of this world has deluded them, and they will bear
witness against themselves that they were disbelievers.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Terjemahan Lafziyyah (Perkata)