Surah Al-An’am-j7h141

Halaman 141

Tarjuman
Bahasa Melayu

102. Yang demikian (sifat-sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadahlah kamu kepada-Nya, dan (ingatlah) Dia-lah yang mentadbirkan segala-galanya.

103. Dia tidak dapat dicapai (dikesan) dan diliputi oleh penglihatan mata, sedangkan Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia-lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya.

104. (Katakanlah wahai Muhammad), “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti-bukti daripada Tuhan kamu. Oleh itu, sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah atas dirinya sendiri, dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu.”

105. Dan demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat Kami satu persatu (dengan pelbagai cara, untuk menimbulkan keingkaran mereka) dan supaya mereka (yang ingkar itu menuduhmu dengan) berkata, “Engkau telah mempelajarinya (daripada orang lain)”, dan supaya Kami menerangkan (al-Quran) itu kepada orang yang (mahu) mengetahui.

106. Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu daripada Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah daripada orang musyrik.

107. Dan kalaulah Allah menghendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukan-Nya, dan Kami tidak menjadikan engkau (wahai Muhammad) penjaga dan pengawal mereka, dan engkau pula bukanlah penjaga urusan mereka (kerana semuanya itu terserah kepada Allah semata-mata).

108. Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah selain daripada Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas kerana tiada pengetahuan (mengenai Allah). Demikianlah Kami memperelokkan (pada pandangan) tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia memberitahu kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

109. Dan mereka pula bersumpah dengan nama Allah dengan menegaskan sumpah mereka, bahawa sesungguhnya jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka minta itu), tentulah mereka akan beriman kepadanya. Katakanlah (wahai Muhammad), “Bahawa soal mendatangkan mukjizat-mukjizat itu hanyalah Allah yang menentukannya, dan sedarkah kamu (wahai orang Islam), bahawa apabila mukjizat-mukjizat (yang mereka minta) itu datang, mereka tetap tidak akan beriman.”

110. Dan Kami palingkan hati dan pandangan mereka sebagaimana mereka tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada mulanya, dan Kami biarkan mereka bingung dalam kesesatan mereka.

English

102. That is Allah, your Lord, there is no god but He, the Creator of all things. So worship Him, for He is Controller over all things.

103. No human vision can comprehend Him and He comprehends all human vision. And He is the All-Subtle, the Well-Acquainted.

104. Surely there has come to you enlightenment from your Lord, then he who is enlightened, is so for his own soul, and he who remains blind is so against his own soul. And (say): “I am not a guardian over you.”

105. And thus We explain variously the verses, and lest they should say: “You (O Muhammad!) have studied.” And that We may make it (the Qur’an)
clear for people of knowledge.

106. Follow what has been revealed to you by your Lord, there is no god but He, and turn away from the pagans.

107. And had Allah willed, they would not have joined (gods with Allah). And We have not made you a guardian over them, nor are you a controller over them.

108. And abuse not those whom they call upon besides Allah, lest they should out of their ignorance exceed the limit and abuse Allah. Thus have We caused fair-seeming to each people their deeds. Then to their Lord is their return, then He will inform them of what they used to do.

109. And they swear by Allah with their strongest oaths that if had come
to them a sign, they would have believed in it, say: “Signs are with Allah
alone.” And what will make you (O Muslims!) know that when they (the
signs) come they will not believe?

110. And that We will turn down their hearts and their eyes in the same
way as they did not believe in it the first time, and that We will leave them
to wander on blindly in their transgression.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul