Halaman 137
Tarjuman
Bahasa Melayu
74. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, “Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihat engkau dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.”
75. Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada (Nabi) Ibrahim tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya dia benar-benar termasuk dalam golongan orang yang yakin.
76. Maka ketika waktu malam yang gelap, dia (Nabi Ibrahim) melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata, “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, dia berkata pula, “Aku tidak suka kepada yang terbenam (hilang).”
77. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata, “Inikah Tuhanku?”. Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata, “Sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, pastilah aku termasuk daripada kaum yang sesat.”
78. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata, “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar.” Setelah matahari terbenam, dia berkata pula, “Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
79. “Sesungguhnya aku menghadapkan mukaku (diriku) kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi, sedangkan aku tetap berada di atas dasar tauhid dan aku bukanlah termasuk orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain).”
80. Dan dia dibantah oleh kaumnya. Dia pun berkata, “Apakah kamu hendak membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Allah telah memberi hidayah kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya daripada) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali ketika Tuhanku menghendaki sesuatu daripada bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi segala sesuatu. Apakah kamu tidak mahu mengambil pengajaran?”
81. “Dan bagaimanakah aku hendak takut kepada apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak turunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (daripada azab Allah), jika kamu (benar-benar) mengetahui?”
English
74. And when Ibrahim said to his father Azar: “Do you take the idols for gods? Surely, I see you and your people in clear error.”
75. And thus, We showed Ibrahim the kingdom of the heavens and the earth, and in order that he might become of those who were convinced.
76. Then, when the night became dark upon him, he saw a star (and) he said: “Is this my Lord?” But when it sets, he said: “I do not love those things that set.”
77. Then, when he saw the moon beginning to rise, he said: “Is this my Lord?” But when it sets, he said: “If my Lord does not guide me, I shall most certainly become one of those who go astray.”
78. Then, when he saw the sun rising, he said: “Is this my Lord, this is the biggest?” But when it sets, he said: “O my people, I am free of all that you associate (with Allah).
79. Surely, I turn my face, truly to Him who has created the heavens and the earth, and I am not of the pagans.
80. And his people disputed with him. He said: “Do you dispute with me about Allah, and He has surely guided me? And I fear not those whom you associate with Him, unless my Lord wills. My Lord comprehends all things in His knowledge. Will you not then take heed?
81. And why should I fear those whom you associate (with Allah), when you fear not to associate with Allah that for which He has not sent down to you any authority? Which of the two parties then is more entitled to security, if you happen to know?”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

