Surah Al-An’am-j7h133

Halaman 133

Tarjuman
Bahasa Melayu

45. Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga ke akar umbinya. Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut), “Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.”

46. Katakanlah (wahai Muhammad), “Bagaimana pendapat kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran dan penglihatan kamu serta menutup hati kamu?, siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?” Perhatikanlah bagaimana Kami berkali-kali memperlihatkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan pelbagai cara), namun begitu, mereka tetap juga ingkar.

47. Katakanlah, “Bagaimana pendapat kamu, jika datang azab Allah kepada kamu secara tiba-tiba atau terang-terangan (setelah diperlihatkan tanda-tanda yang menunjukkan kedatangannya). Siapakah yang akan dibinasakan selain daripada kaum yang zalim?”

48. Dan kami tidaklah mengutus rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran. Maka sesiapa yang beriman dan beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.

49. Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, mereka akan ditimpa azab disebabkan mereka selalu berbuat fasik.

50. Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib serta aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat. Aku tidak mengikuti melainkan apa yang diwahyukan kepadaku”. Bertanyalah (kepada mereka), “Apakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?”

51. Dan berilah amaran dengan al-Quran itu kepada orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat, padahal) tiadalah bagi mereka seorang pelindung dan tidak juga pemberi syafaat selain daripada Allah agar mereka bertakwa.

52. Janganlah engkau mengusir orang yang berdoa kepada Tuhan mereka pada pagi dan petang, sedangkan mereka menghendaki keredhaan-Nya semata-mata. Engkau tidak memikul tanggungjawab sedikit pun mengenai perhitungan amal mereka, dan mereka juga tidak memikul tanggungjawab sedikit pun mengenai perhitungan amalmu. Maka (sekiranya) engkau usir mereka, nescaya engkau tergolong dalam kalangan orang yang zalim.

English

45. Thus the people who commited unjust were eliminated, and all praise is due to Allah, Lord of the worlds.

46. Say: “Have you considered, if Allah were to take away your hearing and your sight and put a seal upon your hearts, what god other than Allah would bring it (back) to you?” See how variously We explain the signs to
them, yet they turn away.

47. Say: “What do you say, if the punishment of Allah was to come to you suddenly or openly, who would be ruined except the wrongdoing people?”

48. And We send not the Messengers but as givers of glad tidings and as warners. Then whoever believes and does righteous deeds, there is then no fear on them, nor do they grieve.

49. And as for those who reject Our signs, punishment shall touch them because they disobeyed.

50. Say: “I do not say to you that I possess the treasures of Allah, nor do I know the unseen, and I do not say to you that I am an angel. But I follow what is revealed to me.” Say: “Is the blind equivalent to the seeing?” Why then do you not reflect?

51. And with this (Qur’an) warn those who fear that they will be gathered to their Lord, when there will be neither protector nor intercessor for them besides Him, in order that they may guard (against evil).

52. And drive not away those who call upon their Lord morning and
evening, desiring His presence. You are not responsible for anything they
do, nor are they responsible for anything you do hence if you were to drive them away, you would be of the wrongdoers.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul