Halaman 592
Tarjuman
Bahasa Melayu
11. Dan (sebaliknya) orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya.
12. Dia-lah yang akan memasuki neraka yang amat besar (azabnya).
13. Kemudian, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
14. Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan diri (dengan beriman),
15. Dan menyebut-nyebut (dengan lidah dan hatinya) akan nama Tuhannya serta mengerjakan solat (dengan khusyuk).
16. Tetapi kamu (orang yang kafir) memilih dan menyayangi kehidupan duniawi.
17. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
18. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) dalam suhuf-suhuf yang terdahulu.
19. laitu suhuf-suhuf Ibrahim dan Musa.
1. Adakah sudah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang dipenuhi suasana huru-hara?
2. Wajah (orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana berasa hina.
3. Mereka menjalankan kerja berat lagi berpenat lelah (kerana dibelenggu rantai).
4. Mereka menderita (seksaan) neraka yang amat panas.
5. Mereka diberi minum daripada sumber air yang menggelegak panasnya.
6. Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain daripada pohon-pohon yang berduri.
7. Yang tidak menggemukkan dan tidak pula dapat menghilangkan kelaparan.
8. (Sebaliknya) muka (orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri.
9. Reda dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia).
10. Di dalam syurga yang tinggi (tempat kedudukan darjatnya).
11. Mereka tidak mendengar di dalamnya sebarang perkataan yang sia-sia.
12. Di dalam syurga itu ada mata air yang mengalir.
13. Di situ juga ada singgahsana (berhias) yang tinggi (tempatnya),
14. Dan gelas-gelas minuman yang disediakan (untuk mereka),
15. Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berteleku atau bersandar),
16. Dan permaidani-permaidani yang terhampar.
17. Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan,
18. Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya,
19. Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
20. Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
21. Oleh itu berikanlah peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan.
22. Engkau bukanlah seorang yang berkuasa ke atas mereka (untuk memaksa mereka beriman).
English
11. But the wicked will avoid it,
12. Who will enter the Great Fire,
13. And then he will neither live therein nor die.
14. He surely succeeds who purifies himself,
15. And remembers the Name of his Lord and prays.
16. No, you prefer the life of this world.
17. Even though the Hereafter is better and more lasting.
18. Most surely this is (so stated) in the earlier scriptures,
19. The scriptures of Ibrahim and Musa.
1. Has the news of the overwhelming event come to you?
2. Some faces, that day, will be humilated.
3. Labouring, exhausted.
4. Entering into Blazing Fire.
5. They will be made to drink from a boiling spring,
6. They will have no food but of Dhari‘ (a dry, thorny bush).
7. Which will neither fattens nor satisfies hunger.
8. And other faces that day will be pleased (and blissful).
9. Well satisfied with (the outcome of) their strivings.
10. (Residing) in a lofty Garden.
11. There, they shall hear no vain talk.
12. Therein will be a running springs.
13. Therein will be thrones raised high.
14. And goblets set at hand.
15. And cushions set in rows.
16. And carpets spread out.
17. Do they not look at the camels, how they are created?
18. And the heaven, how it is raised high?
19. And the mountains, how they are firmly fixed?
20. And the earth, how it is spread out?
21. Therefore go on reminding, for you are but a reminder.
22. You are not (appointed) a dictator over them.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran


