Halaman 419
Tarjuman
Bahasa Melayu
7. Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil daripada nabi-nabi perjanjian setia mereka, dan (khasnya) daripada engkau sendiri (wahai Muhammad) dan daripada (Nabi) Nuh, Ibrahim, Musa dan ‘Isa putera Maryam, dan Kami telah mengambil daripada mereka perjanjian setia yang teguh.
8. (Tuhan berbuat demikian) supaya Dia menyoal orang yang benar beriman tentang kebenaran iman mereka (untuk menyempurnakan balasan baik mereka). Dan (sebaliknya) Dia telah menyediakan bagi orang yang kafir azab yang pedih.
9. Wahai orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu semasa kamu didatangi tentera (al-Ahzab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut serta angkatan tentera (daripada malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.
10. (Iaitu) ketika tentera musuh datang menyerang kamu dari sebelah atas dan dari sebelah bawah (tempat pertahanan) kamu dan pada ketika pandangan mata kamu tidak tentu arah (kabur kerana gempar dan bingung) serta hati menyesak sampai ke kerongkong (resah gelisah kerana sangat takut dan gentar) dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan (adakah mendapat pertolongan atau tidak).
11. Pada saat itulah orang yang beriman diuji dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.
12. Dan ketika itu orang munafik dan orang yang berpenyakit di dalam hatinya berkata, “Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kita melainkan hanya tipu daya belaka.”
13. Dan ketika itu segolongan antara mereka berkata, “Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat kamu, maka baliklah kamu.” Dan sebahagian daripada mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata, “Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga),” padahal ia tidak terbuka. Mereka hanya hendak melarikan diri (daripada berjuang menegakkan Islam).
14. Kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja.
15. Dan sesungguhnya mereka telah pun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling tadah. Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak.
English
7. And (remember) when We took from the prophets their covenants, and from you, and from Nuh, and Ibrahim, and Musa, and ‘Isa, the son of Maryam, We took from them a firm covenant.
8. That He may question the truthful about their truthfulness, and He has prepared for the disbelievers a painful torment.
9. O you who believe! Remember the favour of Allah upon you when there came down on you hosts. Then We sent a strong wind against them and hosts, that you saw not. And Allah sees what you do.
10. When they came upon you from above you and from below you, and when the eyes grew wild, and the (beat of) hearts reached the throats, and you were harbouring doubts about Allah.
11. There the believers were tested, and they were shaken with a severe shaking.
12. And when the hypocrites and those in whose hearts there is a disease say: “Allah and His Messenger have promised us nothing but a deception.”
13. And when a party of them said: “O people of Yathrib! There is no place for you (here), therefore go back.” And a party of them began to ask the permission of the Prophet (to go), saying: “Surely our houses are undefended.” And they were not undefended (from the enemy) they only desired to run away.
14. And if people had got entry into (the city) from its sides, and had been asked to show treason, they would have done so, and they would not hesitate therein but a little.
15. And most surely they had already covenanted with Allah not to turn their backs and Allah’s covenant will surely be inquired into.
Mandarin

Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul

