j26h504-Surah Al-Ahqaf

Halaman 504

Tarjuman
Bahasa Melayu

15. Kami wajibkan manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Tempoh mengandungnya sampai tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Berikanlah kebaikan kepadaku sehingga mengalir kepada zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).”

16. Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat terpuji tersebut) ialah orang yang Kami terima amal baik yang mereka telah kerjakan dan Kami mengampunkan kesalahan-kesalahan mereka (serta mereka akan dimasukkan) ke dalam kumpulan ahli syurga sebagai memenuhi janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka.

17. Dan (sebaliknya) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (tatkala mereka mengajaknya beriman), “Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu berdua memperingatkan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal pelbagai umat sebelumku telah berlalu (tidak balik-balik lagi)?” Sambil mendengar kata-katanya itu, ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu), “Celakalah engkau! Berimanlah (kepada adanya kebangkitan semula untuk menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap benar.” Lalu dia menjawab (dengan angkuhnya), “Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang dahulu kala.”

18. Mereka itulah orang yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka daripada kalangan jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang yang rugi.

19. Bagi mereka masing-masing (daripada puak jin dan manusia yang berbuat baik dan yang berbuat jahat) disediakan pelbagai peringkat (balasan) yang sesuai dengan apa yang mereka telah kerjakan dan (ketetapan demikian) supaya Allah menyempurnakan bagi mereka balasan pekerjaan mereka, sedangkan mereka tidak dirugikan (sedikit pun).

20. (Ingatlah) semasa orang kafir dihadapkan kepada neraka (serta dikatakan kepada mereka), “Kamu telah menghabiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu dan kamu telah bersenang-lenang menikmatinya, maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu bersikap sombong di muka bumi tanpa berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu berbuat fasik.”

English

15. And We have enjoined man to do good to his parents. His mother bears him with pain, and brings him forth with pain, and his bearing and weaning takes thirty months, until when he reaches the age of strength and reaches the age of forty, he says: “My Lord! Grant me that I may give thanks for the favour which You bestowed on me and on my parents, and that I may do righteous deeds which may please You, and be gracious to me with regard to my offspring, surely I turn to You and I am of those who submit (in Islam).”

16. They are from whom We shall accept the best of their deeds and overlook their evil deeds (and who are) among the companions of the Garden: A promise of truth which they have been promised.

17. And he who says to his parents: “Fie on you! Do you threaten me that I shall be brought forth (again) while generations have passed away before me?” And they (the parents) ask Allah’s help (saying): “Woe be to you, believe, surely the promise of Allah is true.” But he says: “This is nothing but tales of the ancients.”

18. They are the people against whom the word (of torment) is justified among the communities of Jinn and men that have passed away before them. Surely they are the losers.

19. And for all are degrees according to what they do, and that He may pay them for their deeds, and they shall not be wronged.

20. And the day the unbelievers shall be brought before the Fire, (it will be said): “You did away with your good things in the life of the world, and you have enjoyed it, but today you shall be recompensed with a degrading torment, because you were unjustly arrogant on the earth, and because of what you transgressed.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul