j30h585-Surah ‘Abasa

Halaman 585

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Dia (Nabi Muhammad) bermasam muka dan berpaling.

2. Kerana telah datang seorang buta kepadanya.

3. Tahukah kamu, barangkali dia mahu membersihkan dirinya (daripada dosa dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)!

4. Ataupun dia mahu mendapatkan peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.

5. Adapun orang yang berasa dirinya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran al-Quran).

6. Maka engkau melayaninya.

7. Padahal engkau tidak bersalah kalau dia tidak mahu membersihkan dirinya (daripada keingkarannya),

8. Dan adapun orang yang segera datang kepadamu.

9. Dalam keadaan takut (melanggar perintah-perintah Allah).

10. Maka engkau pula berlengah-lengah melayaninya.

11. Janganlah (bersikap) sedemikian itu! Sesungguhnya ayat-ayat al-Quran adalah suatu pengajaran dan peringatan.

12. Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, tentulah dia mengambil peringatan daripadanya.

13. (Ayat-ayat suci itu tersimpan) dalam suhuf-suhuf (kitab-kitab) yang dimuliakan.

14. Yang diangkat darjatnya, lagi disucikan (daripada sentuhan syaitan).

15. (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya (daripada Lauh Mahfuz).

16. (Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi berbakti.

17. Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya.

18. (Tidakkah dia memikirkan) daripada apa dia diciptakan oleh Allah?

19. Daripada air mani diciptakannya, serta ditentukan keadaannya.

20. Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang dia pilih).

21. Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya dia dikuburkan.

22. Kemudian apabila Allah menghendaki, Dia membangkitkannya (hidup semula).

23. Janganlah hendaknya dia kufur ingkar lagi! Sebenarnya dia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.

24. Maka hendaklah manusia itu melihat kepada makanannya.

25. Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (hujan dari langit).

26. Kemudian Kami telah membelah bumi (dengan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dari dalamnya) dengan sebaik-baiknya.

27. Lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu,

28. Dan buah anggur serta sayur-sayuran,

29. Dan zaitun serta pohon-pohon tamar,

30. Dan kebun-kebun yang menghijau subur,

31. Dan pelbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput.

32. Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak peliharaan kamu.

33. Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat.

34. Pada hari seseorang itu lari daripada saudaranya,

35. Dan ibunya serta bapanya,

36. Dan isterinya serta anak-anaknya.

37. Kerana setiap seorang daripada mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang sangat menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

38. Muka (orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri.

39. Tertawa lagi bersuka ria,

40. Dan muka (orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu.

English

1. He (Prophet Muhammad) frowned and turned away, 

2. Because the blind man came to him. 

3. And what would let you know but that perhaps he wanted to purify (himself). 

4. Or that he would take heed, and then the reminder would benefit him? 

5. But as for him who considers himself self-sufficient, 

6. You give him your attention.

7. Though you are not responsible if he would not purify himself. 

8. But as for him (the blind man) who came to you eagerly, 

9. And he fears (Allah). 

10. Then you did show negligence to him. 

11. No, surely (these verses) are a reminder. 

12. Then let him who wishes, mind it. 

13. In written records in honoured Books. 

14. Exalted, purified, 

15. (Written) by the hands of scribes, 

16. Honourable, virtuous. 

17. Woe unto man! what makes him reject Allah? 

18. Out of what object has he been created? 

19. From a sperm-drop! He created him, and then proportioned him. 

20. Then He makes the way easy for him, 

21. Then He causes him to die, and He causes him to be buried. 

22. Then He with His wills, He will raise him up (again). 

23. No, he has not carried out what He commanded him (to do). 

24. Therefore let man examine his food. 

25. For We pour down water in abundance. 

26. And then We split the earth in clefts.

27. Then We cause to grow therein grain.

28. And grapes and pasture. 

29. And olives and dates. 

30. And orchards with dense trees. 

31. And fruits and herbage, 

32. A provision for you and your cattle. 

33. Then when the deafening blowing (on the Day 0f Resurrection) comes, 

34. The day when a man shall flee from his brother, 

35. And (from) his mother and his father, 

36. And (from) his wife and his children. 

37. For every man that day will have enough concern to make him careless of others. 

38. Some faces on that day will be bright, 

39. Laughing, rejoicing (of good news). 

40. And other faces that Day will have dust upon them. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran
Asbab-al-Nuzul