Surah Saba’-j22h430

Halaman 430

Tarjuman
Bahasa Melayu

15. Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kebun (yang luas lagi subur) yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Lalu dikatakan kepada mereka), “Makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya. (Negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun!”

16. Tetapi mereka berpaling (tidak mahu bersyukur), lalu Kami datangkan kepada mereka banjir besar (yang memusnahkan) dan Kami gantikan dua buah kebun mereka (yang subur) itu dengan dua buah kebun yang ditumbuhi pohon-pohon yang pahit buahnya, pohon-pohon yang jarang berbuah seperti pohon cemara serta sedikit pohon bidara.

17. Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka disebabkan kekufuran mereka. Sebenarnya Kami tidak menimpakan balasan yang demikian melainkan kepada orang yang amat kufur.

18. Di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) dengan bandar-bandar (di negeri Syam) yang Kami limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran), Kami adakan beberapa bandar yang jelas kelihatan (kepada orang yang melalui jalan itu), dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya (sebagai tempat-tempat persinggahan), serta dikatakan kepada mereka, “Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada malam dan siang hari dalam keadaan yang aman.”

19. (Tetapi mereka tidak menghargai nikmat itu, bahkan menjadikan mereka sombong dan kufur) lalu berkata, “Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami (di antara sebuah bandar dengan yang lain),” dan mereka menzalimi diri mereka sendiri, lalu Kami jadikan (kisah perbuatan derhaka) mereka buah mulut orang ramai, serta Kami hancurkan mereka sehancur-hancurnya. Sesungguhnya kisah mereka yang tersebut mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang (yang beriman) yang sentiasa bersikap sabar lagi sentiasa bersyukur.

20. Dan sesungguhnya Iblis telah dapat membuktikan sangkaannya (daripada hasutannya) terhadap mereka, lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian daripada orang yang beriman (tidak terpedaya kepada hasutannya).

21. Dan sememangnya Iblis tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan Kami dapat membezakan siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. (Ingatlah) Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu.

22. Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik), “Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu anggap sebagai tuhan selain daripada Allah. Mereka tidak memiliki kuasa seberat zarah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu saham pun (bahagian perkongsian dengan Allah) dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan daripada mereka.”

English

15. Surely the (people) of Saba’ had a sign in the matter of their settlement, they had two Gardens on (their) right and left (and We said): “Eat of the provision of your Lord, and give thanks to Him. This is a fair territory, and a Forgiving Lord.”

16. But they turned away, so We sent upon them a fierce flood, and We replaced their two Gardens by other two gardens yielding bitter fruit, and tamarisk, and a few lote-trees.

17. Thus did We recompense them for their ungratefulness, and We recompense not (thus) any but the ungrateful.

18. And We placed between them and the towns in which We had blessed, other towns easy to be seen, and We made the stages of travelling between them easy, (and We said): “Travel through them by night and by day, safely.”

19. But they said: “Our Lord! Place longer distances between our journeys,” and they wronged themselves, so We made them as tales, and We scattered them up an utter scattering. Surely, there are Signs in this for every patient, thankful person.

20. And surely Satan proved right in his guess about them, because they followed him, all but a group of the believers.

21. But he (Satan) has no authority over them, except that We may distinguish him who believes in the Hereafter from him who is in doubt thereabout. And your Lord is a watchful Guardian over all things.

22. Say (O Muhammad) to pagans): “Call upon those whom you fancy besides Allah. They have no power over anything equal to the weight of an atom either in the heavens or on the earth, nor have they any share in either of these, neither has He any helper from among them.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi