Halaman 420
Tarjuman
Bahasa Melayu
16. Katakanlah (wahai Muhammad), “Kalaulah kamu melarikan diri daripada kematian atau pembunuhan, maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu dan kalaulah (kamu pada hari ini terlepas) sekalipun, kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja.”
17. Katakanlah, “Siapakah yang dapat melindungi kamu daripada (ketentuan) Allah jika Dia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu atau (siapakah yang dapat menahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu?” Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapa pun selain Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.
18. Sesungguhnya Allah mengetahui orang (munafik) yang menghalangi antara kamu dan orang yang berkata kepada saudara-saudara mereka, “Marilah bersatu dengan kami,” sedangkan mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja.
19. Mereka bersikap bakhil (kedekut) terhadap kamu, dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolongan) dalam keadaan mata mereka terbeliak seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sedangkan mereka bakhil untuk berbuat kebaikan. Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan (pahala) amalan mereka. Demikian itu adalah mudah bagi Allah (melaksanakannya).
20. Mereka menyangka bahawa tentera al-Ahzab itu belum pergi dan kalaulah tentera Al-Ahzab datang semula, tentulah mereka suka kalau tinggal (jauh di desa-desa) bersama-sama orang Arab Badwi sambil bertanyakan berita mengenai kamu, dan kalaulah mereka ada bersama-sama kamu (pada ketika itu), mereka tidak akan turut berperang melainkan sebentar sahaja.
21. Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula banyak mengingati Allah.
22. Dan ketika orang beriman melihat tentera al-Ahzab, mereka berkata, “Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kami dan benarlah Allah dan Rasul-Nya.” Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat itu) tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka sepenuhnya kepada Allah.
English
16. Say: “Fleeing will not avail you if you are fleeing from death or killing, for (even) in that case you will enjoy but a little.”
17. Say: “Who is there to withhold you from Allah if He wishes you harm, or if He wishes you mercy?” And they will not find for themselves, besides Allah, any patron or helper.
18. Surely Allah knows those among you who keep back (others), and those who say to their brothers: “Come to us,” and they come not to the fight but a little.
19. They are very greedy against you, but if danger arrives, you will see them looking to you,their eyes rolling as if death had already come to them. But when danger is gone, they will smite you with sharp tongues, being greedy of wealth. Such have not believed, and therefore Allah nullifies their deeds, and that is easy for Allah.
20. They thought the confederates have not yet gone, and if the confederates should come (again), they would wish to be out with the Bedouins seeking news about you and if they were among you, they would fight but a little.
21. Most surely you have in the Messenger of Allah an excellent example for one who hopes in (meeting) Allah and the Last Day, and who remembers Allah much.
22. And when the believers saw the confederates, they said: “This is what Allah and His Messenger promised us, and Allah and His Messenger spoke the truth.” And it increased them in nothing but faith and obedience.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

