j21h407-Surah Al-Rum

Halaman 407

Tarjuman
Bahasa Melayu

25. Dan antara tanda-tanda (yang membuktikan keluasan ilmu dan kekuasaan-Nya) ialah berdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdir-Nya, kemudian apabila Dia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi (kubur), dengan serta-merta kamu keluar.

26. Dan kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi, masing-masing tetap tunduk kepada (hukum peraturan-Nya).

27. Dan Dia-lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia mengembalikannya (menghidupkan semula sesudah mereka mati), sedangkan perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagi-Nya. Dan bagi-Nya jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi serta Dia-lah jua Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

28. Dia mengemukakan kepada kamu satu perumpamaan daripada keadaan diri kamu sendiri, iaitu mahukah kamu menerima segolongan daripada hamba-hamba abdi yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi kamu pada harta benda yang Kami telah kurniakan kepada kamu, supaya dengan penerimaan kamu itu, mereka dan kamu menjadi sama-sama berhak padanya sehingga kamu pun tidak berani (menguruskan harta benda itu dengan tiada persetujuan) mereka, sebagaimana kamu tidak berani (berbuat demikian dengan orang yang berkongsi dengan kamu yang setaraf dengan) diri kamu? Demikianlah Kami menjelaskan satu per satu ayat-ayat bagi orang yang menggunakan akal untuk memahaminya.

29. Orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya sendiri) dan tidak ada bagi mereka sesiapa pun yang dapat menolong melepaskan mereka daripada azab.

30. Maka hadapkanlah wajahmu (mengikhlaskan dirimu) kepada agama Allah (Islam) dengan lurus sesuai dengan fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada agama Allah itu. Itulah agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

31. Sebagai orang yang kembali kepada Allah (dengan bertaubat daripada dosa-dosanya), dan bertakwalah kamu kepada-Nya serta kerjakanlah solat (dengan sempurna) dan janganlah kamu termasuk di kalangan orang yang menyekutukan Allah.

32. (Iaitu) orang yang memecah-belahkan agama mereka dan mereka pula menjadi berpuak-puak. Setiap puak bergembira (bangga) dengan apa yang ada padanya (daripada fahaman dan amalan yang terpesong itu).

English

25. And one of His signs is that the heaven and the earth stand by His Command. Then when He calls you by a single call, that time you will come forth from the earth. 

26. And to Him belongs all those who are in the heavens and the earth, all are obedient to Him.

27. And it is He who starts the creation, then repeats it and it is easy for Him (to do so). And to Him belongs the Highest Attribute in the heavens and the earth, for He is the All-Mighty, the All-Wise.

28. He sets forth a parable to you from yourselves: “Are those whom your right hands possess, partners in what We have provided you with, so that you and they have an equal share therein? Do you fear them the way you fear each other?” Thus do We explain Our signs for a people who understand.

29. No, those who do wrong follow their own desires without having any knowledge. Then who will guide him whom Allah lets go astray? And they will have no helpers.

30. Therefore set your face steadfastly to the religion of pure monotheism, the nature made by Allah, in which He has made mankind. There is no altering of the creation of Allah. This is the right religion, but most men know not.

31. Turn all of you to Him, and fear Him, and observe prayer and be not of the pagans

32. Of those who have split up their religion, and have become many sects; each group rejoicing in what is with them. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul