j21h405-Surah Al-Rum

Halaman 405

Tarjuman
Bahasa Melayu

6. Demikianlah janji Allah. Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

7. Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir (nyata) daripada kehidupan dunia sahaja, sedangkan mereka sentiasa lalai tentang hari akhirat.

8. Mengapa mereka tidak memikirkan tentang diri mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya itu melainkan dengan benar (bertujuan) dan dengan ada tempoh yang tertentu (juga untuk kembali menemui Penciptanya). Sesungguhnya ramai antara manusia benar-benar mengingkari pertemuan dengan Tuhan mereka.

9. Tidakkah mereka (iaitu orang kafir Makkah) berjalan di atas muka bumi lalu memerhatikan bagaimana kesudahan orang yang terdahulu daripada mereka? Orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang itu juga telah didatangi oleh rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). (Dengan demikian), Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

10. Kemudian, akibat orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak) disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat Allah dan sering mempersendakannya.

11. Allah memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia mengembalikannya (hidup semula pada hari kiamat), kemudian kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

12. Pada hari berlakunya kiamat, orang yang berdosa akan (diam membisu) dan berputus asa (untuk menyelamatkan diri daripada azab Allah).

13. Dan apa yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah itu tidak ada satu pun daripadanya memberi syafaat (melepaskan mereka daripada azab Allah), padahal mereka berlaku kufur di dunia dahulu dengan sebab makhluk-makhluk yang mereka sekutukan (dengan Allah) itu.

14. Semasa berlakunya kiamat, mereka pada hari itu akan berpecah kepada dua golongan (iaitu golongan yang beriman dan golongan kafir).

15. Adapun orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman syurga dalam keadaan bersuka ria.

English

6. (This is) the promise of Allah. Allah never fails in His Promise, but most men know not. 

7. They know only the outside appearance of the life of this world, but about the Hereafter they are heedless. 

8. Do they not reflect within themselves? Allah has not created the heavens and the earth and what is between them except for a specific purpose, and for a fixed term. But most men very certainly deny the meeting with their Lord.

9. Have they not travelled in the land and seen what was the end of those before them? They were stronger than these in power, and they tilled the earth and populated it in greater numbers than these (pagans) have done, and their Messengers came to them with clear proofs. And it was not Allah who wronged them, but they wronged themselves. 

10. Then evil was the end of those who did evil, because they rejected the signs of Allah, and used to mock them. 

11. Allah starts the creation, then repeats it, and then to Him you shall be brought back. 

12. And the day the Hour is established, the sinners shall be hopeless,

13. And they will not have any of their associates as their intercessors, and they will deny being their associates.

14. And the Day the Hour is established, that day they shall all (men) be split into groups.

15. Then as for those who believed and did righteous deeds, they shall be honoured in a Garden of delight.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi