Surah Al-Naml & Al-Qasas-j20h385

Halaman 385

Tarjuman
Bahasa Melayu

89. Sesiapa yang datang membawa amal kebaikan, maka dia akan beroleh (balasan) yang lebih baik daripadanya, dan mereka itu adalah orang yang aman tenteram daripada kejutan kuat pada hari itu (hari kiamat).

90. Dan sesiapa yang datang membawa amal kejahatan, maka (sudah tentu) mereka akan dijunamkan mukanya ke dalam api neraka. Kamu tidak diberi balasan melainkan apa yang kamu telah lakukan.

91. (Katakanlah wahai Muhammad), “Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah, Tuhan negeri ini (Makkah) yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan yang menguasai segala-galanya, dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi orang Islam,”

92. “Dan supaya aku sentiasa membaca al-Quran.” Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk, maka faedah perbuatannya itu akan kembali kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, maka katakanlah kepadanya, “Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan,”

93. Dan katakanlah (wahai Muhammad), “Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Nya supaya kamu dapat mengetahuinya,” dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan.


1. Ta, Sin, Mim.

2. Inilah (sebahagian) ayat-ayat Kitab (al-Quran) yang jelas.

3. Kami bacakan kepadamu sebahagian daripada kisah (Nabi) Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang yang beriman.

4. Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta dia menjadikan penduduknya berpuak-puak (untuk berkhidmat dengannya). Dia menindas segolongan daripadanya (iaitu Bani Israel) dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya dia daripada golongan yang membuat kerosakan.

5. Dan Kami hendak memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang yang mewarisi (kerajaan Firaun),

English

89. Whoever brings good, will have better than it, and they will be secured from the terror of that Day.

90. And whoever brings evil, then they shall be thrown on their faces into the Fire. Are you recompensed anything except what you used to do?

91. (Say): “I have been ordered to worship the Lord of this city (Makkah), which He has sanctified, and to Him belongs everything. And I have been ordered to be one of the Muslims.

92. And that I recite the Qur’an,” therefore whoever is guided, then, he is guided for the good of his own soul, and whoever goes astray, then, say: “I am but one of the warners.”

93. And say: “All praise is due to Allah, who will soon show you His signs, so that you shall recognize them.” And your Lord is not unaware of what you do.


1. Ta, Sin, Mim.

2. These are the verses of the clear Book.

3. We recite to you something of the story of Musa and Pharaoh in truth, for people who believe.

4. Surely Pharaoh was very haughty in the land and he divided its inhabitants into sects, he sought to weaken (oppress) a party of them by killing their males and letting live their females. Surely he was of those who did evil.

5. And We aimed to show favour to those who were oppressed in the land. And We (aimed) to make them leaders in the land and to make them heirs.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran