j18h354-Surah Al-Nur

Halaman 354

Tarjuman
Bahasa Melayu

32. Dan kahwinkanlah orang bujang daripada kalangan kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada kalangan hamba kamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurniaan-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya), lagi Maha Mengetahui,

33. Dan orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka daripada limpah kurniaan-Nya dan hamba-hamba kamu yang hendak membuat perjanjian, hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada kebaikan pada diri mereka (boleh dipercayai ada kemampuan untuk menebus diri), dan berilah kepada mereka daripada harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu. Dan janganlah kamu paksa hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri sedangkan mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.

34. Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penjelasan dan contoh teladan (kisah-kisah dan berita) orang yang telah lalu sebelum kamu dan nasihat pengajaran bagi orang yang (mahu) bertakwa.

35. Allah yang menerangi langit dan bumi. Perumpamaan Nur Allah adalah seperti sebuah lubang (yang tidak tembus) yang di dalamnya ada sebuah pelita, pelita itu di dalam kaca, kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar seperti mutiara, pelita itu dinyalakan dengan minyak daripada pohon yang diberkati, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat yang minyaknya hampir-hampir memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api, cahaya berlapis cahaya. Allah membimbing sesiapa yang dikehendaki-Nya kepada Nur hidayah-Nya itu dan Allah mengemukakan pelbagai perumpamaan untuk umat manusia. Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu.

36. Bertasbihlah kepada Allah di rumah-rumah ibadah yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan kedudukannya dan disebut serta diingati nama-nama Allah padanya, di situ juga dikerjakan ibadah memuji Allah pada waktu pagi dan petang.

English

32. And marry those among you who are single, and the pious of your slaves, male and female. If they are poor, out of His grace, Allah will give them means, for Allah is All-Sufficient, Knowing. 

33. And let those who find no means to marry keep themselves chaste, until Allah gives them means out of His grace. And as for those from among your slaves who ask for a writing (freedom from slavery), then give them such writing if you know any good in them, and give them out of the wealth which Allah has given you. And do not force your slave-girls into unchaste life when they desire to live a chaste life in order that you may make a gain in the goods of the life of this world. And whoever compels them, then surely after their compulsion, Allah is Often Forgiving, Most Merciful (to them). 

34. And surely We have already sent down to you clear signs, and an example of those who passed away before you, and an admonition for those who are pious.

35. Allah is the light of the heavens and the earth. The parable of His light is as (if there were) a niche, wherein is a lamp. The lamp is (placed) in a globe of glass, the globe is as if it were a brilliant star, lit from the oil of a blessed olive-tree which is neither of the east nor of the west, whose oil would almost gives light though no fire touches it. Light upon light! Allah guides to His Light whom He wills. And Allah sets forth parables for mankind, and Allah knows all things.

36. (This Light) is in houses which Allah has allowed to be exalted, and in which His Name is remembered. He is glorified therein morning and evening, 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
STEM-Q
Asbab-al-Nuzul