Halaman 333
Tarjuman
Bahasa Melayu
6. (Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan yang sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dia-lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan Dia-lah jua Yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
7. Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang yang di dalam kubur.
8. Dan ada antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang bukti, dan tidak juga berdasarkan mana-mana kitab Allah yang menerangi kebenaran.
9. Dia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong sehingga menghalang (dirinya dan orang lain) daripada jalan agama Allah. Dia akan beroleh kehinaan di dunia. Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak.
10. (Dengan dikatakan kepadanya), “Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.”
11. Dan ada antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap. Maka jika dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan jika dia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah dia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah dia di dunia dan akhirat, itulah kerugian yang nyata.
12. Dia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain daripada Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya. Itulah kesesatan yang jauh terpesong.
13. Dia menyeru dan menyembah makhluk (yang dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat daripada manfaat yang diharapkannya. Sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk- buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu.
14. Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Sesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukan-Nya.
15. Sesiapa yang menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan menolong (Nabi Muhammad) di dunia ini dan di akhirat kelak, maka hendaklah dia menghulurkan tali (serta mengikatnya) di bumbung rumahnya, kemudian hendaklah dia menjerut lehernya (supaya ia mati tercekik). Dalam pada itu, hendaklah dia memikirkan lebih dahulu, adakah tipu dayanya itu dapat menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan kemarahannya?
English
6. This is so because Allah, He is the truth, and because He gives life to the dead, and because He has power over all things.
7. And because the Hour is coming, there is no doubt about it, and because Allah will raise up those who are buried in the graves.
8. And there is one among mankind who disputes about Allah, without having any knowledge, and without any guidance, and without an Enlightening Book.
9. Turning his neck (in disdain) that he may mislead others from the way of Allah. There is for him shame in this world, and on the Day of Resurrection We will cause him to taste the punishment of the burning.
10. “This is so because of what your two hands have sent forward, and because Allah is not in the least unjust to His servants.”
11. And among mankind is one who worship Allah (standing) on the edge (in doubt) if good befalls him, he is satisfied, but if trouble befalls him, he turns upon his face losing this world and the Hereafter. That is a clear loss.
12. He calls upon besides Allah what does him no harm, and what does him no good. That is surely straying far away.
13. He calls upon him whose harm is nearer than his good. Surely bad (evil) is the protector, and surely bad is his companion.
14. Surely Allah will admit those who believe and do righteous deeds to Gardens beneath which rivers flow. Surely Allah does what He desires.
15. Whoever thinks that Allah will not help him (Muhammad) in this world and in the Hereafter, then let him suspend a rope from the ceiling (to hang himself) then cut (the rope) and let him see if his plan will remove that which enrages (him).
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


