j16h304-Surah Al-Kahf

Halaman 304

Tarjuman
Bahasa Melayu

98. (Zulqarnain) berkata, “Ini ialah suatu rahmat daripada Tuhanku, dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar.”

99. Dan Kami biarkan mereka (Yakjuj dan Makjuj) pada hari itu keluar beramai-ramai bercampur baur antara satu dengan yang lain dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan mereka seluruhnya (di Padang Mahsyar).

100. Dan Kami perlihatkan Neraka Jahanam pada hari itu kepada orang kafir dengan pendedahan yang nyata.

101. (laitu) orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingati-Ku dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

102. Maka adakah orang kafir menyangka bahawa apabila mereka mengambil hamba-hamba-Ku sebagai penolong selain daripada-Ku, ia dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan Neraka Jahanam sebagai tempat tinggal bagi orang kafir.

103. Katakanlah (wahai Muhammad), “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang yang rugi amal-amal perbuatannya?”

104. (laitu) orang yang telah sia-sia usahanya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.

105. Merekalah orang yang kufur kepada ayat-ayat Tuhan mereka dan pertemuan dengan-Nya, oleh itu sia-sialah amalan mereka, maka akibatnya Kami tidak akan menilai amal mereka pada hari kiamat kelak.

106. (Orang yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahanam, disebabkan mereka kufur dan mereka pula menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai bahan jenaka.

107. Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga Firdaus, sebagai tempat tinggal.

108. Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

109. Katakanlah (wahai Muhammad), “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya.”

110. Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan dalam beribadah kepada Tuhannya dengan sesiapa pun.”

English

98. He (Dhu al-Qarnayn) said: “This is a mercy from my Lord, but when the promise of my Lord comes, He will cause it to crumble down. And the promise of my Lord is true.”

99. And We will leave then that day surging against others, and the Trumpet will be blown, then We shall gather them together.

100. And on that Day We will display the sight of Hell to the disbelievers, 

101. Those whose eyes were covered from My reminder, and who could not bear to hear it.

102. Do those who disbelieve think that they can take My servants as protectors instead of Me? Surely We have prepared Hell for the disbelievers as accommodation.

103. Say (O Muhammad) : “Shall We inform you who are the worst losers in respect of their deeds?”

104. Those whose efforts have been wasted in worldly life, yet they think that they are doing good.

105. These are the people who disbelieve in the signs of their Lord and the meeting with Him. So vain are their deeds, and on the Day of Resurrection We shall give them no weight,

106. That is their recompense, Hell, because they denied, and made a jest of My signs and My Messengers.

107. Surely for those who believe and did righteous deeds,they will have Gardens of Bliss as accommodation.

108. They shall abide eternally, never will they desire any change therefrom.

109. Say: “if the sea were ink for (the writing) the words of my Lord, surely the sea would be exhausted before the words of my Lord were exhausted, even if We brought another sea like it for its aid.”

110. Say: “I am but a human being like you. To whom has been revealed to me that your God is One God. Then whoever hopes to meet his Lord, therefore should do righteous deeds, and not associate in the worship of his Lord with anyone.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
STEM-Q
Asbab-al-Nuzul