Surah Al-Kahf-j16h302

Halaman 302

Tarjuman
Bahasa Melayu

75. Dia (Nabi Khidir) menjawab, “Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak akan mampu bersabar bersamaku?”

76. Dia (Nabi Musa) berkata, “Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau biarkan aku menemanimu lagi, sesungguhnya engkau sudah berkali-kali memberi keuzuran (alasan agar tidak menemanimu).”

77. Maka kedua-duanya berjalan lagi, sehingga mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makanan kepada penduduk di situ, tetapi penduduk bandar itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ ada sebuah dinding rumah yang hampir runtuh, lalu (Nabi Khidir) mendirikannya semula. (Nabi Musa) berkata, “Jika engkau mahu, engkau berhak mengambil upah untuknya (kerana kita sangat memerlukan makanan).”

78. Dia (Nabi Khidir) menjawab, “Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (perbuatan-perbuatanku) yang engkau tidak mampu bersabar mengenainya.”

79. “Adapun perahu itu adalah kepunyaan orang miskin yang bekerja di laut, aku bocorkan dengan tujuan hendak merosakkannya, kerana nanti akan ada seorang raja yang bakal merampas setiap perahu yang masih baik,”

80. “Dan adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa dia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur (kerana pemuda itu telah ditakdirkan Allah, dewasanya menjadi kafir).”

81, “Oleh itu, kami berharap supaya Tuhan mereka menggantikan dengan anak yang lebih baik kebersihan jiwa daripadanya dan lebih kasih sayangnya,”

82. “Dan adapun dinding rumah itu pula adalah kepunyaan dua orang anak yatim di bandar itu dan di bawahnya ada harta tersimpan kepunyaan mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya apabila mereka dewasa, mereka dapat mengeluarkan harta mereka yang tersimpan itu, sebagai satu rahmat daripada Tuhanmu. Dan aku tidak melakukannya menurut kehendakku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.”

83. Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulqarnain. Katakanlah, “Aku akan bacakan kepada kamu cerita tentang perihalnya.”

English

75. He said: “Have I told you that you will not be able to have patience with me?” 

76. (Musa) said: “If I ask you anything after this, then do not let me accompany you, you have sufficient excuse from me.”

77. Then they both went on, until when they came to a group of inhabitants of a town, they asked them for food, but they refused to host them. Then they found a wall which was about to fall, he then set it up straight. (Musa) said: “You may ask for a wage (for what you have done).”

78. He said: “This is the parting between me and you. Now I will tell you all the explanation of what you could not bear with patience. 

79. As for the boat, it belonged to poor people working in the sea, I intended to damage it purposely, for there was a king who was seizing every boat by force.

80. And as for the boy, well, his parents were believers, so we prevented him from overpowering them by way of rebellion and disbelief. 

81. So we hope their Lord would change a better son who is more righteousness and nearer to mercy. 

82. And as for the wall, well, it belonged to two children in the town. Under it there was a treasure that belonged to them both. And their father was a righteous man then your Lord wanted that they should reach their age of full strength (and maturity) and take out their treasure, as a mercy from your Lord. And I did not do all those act, out of my own command. This is the explanation of the things which you could not bear with patience.” 

83. And they ask you about Dhu al-Qarnayn. Say: “I will recite to you something of his account. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi