j15h293-Surah Al-Isra’ & Al-Kahf

Halaman 293

Tarjuman
Bahasa Melayu

105. Dan dengan cara yang selayaknya serta berhikmah Kami turunkan al-Quran dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan. Dan tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang yang beriman) dan pembawa peringatan (kepada orang yang ingkar).

106. Dan al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan perlahan-lahan dan Kami menurunkannya secara beransur-ansur.

107. Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang yang ingkar itu), “Berimanlah kamu kepada al-Quran atau kamu tidak beriman (dengannya). Sesungguhnya orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan al-Quran kepada mereka, mereka menyungkurkan wajah dalam keadaan bersujud.”

108. Dan mereka berkata (dalam sujud mereka), “Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami pasti terlaksana.”

109. Dan mereka segera menyungkurkan wajah (bersujud) sambil menangis dan (al-Quran) menambahkan mereka khusyuk.

110. Katakanlah (wahai Muhammad), “Serulah nama ‘Allah’ atau nama ‘al-Rahman’, yang mana sahaja kamu serukan (daripada kedua-dua nama itu adalah baik belaka) kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia.” Dan janganlah engkau nyaringkan (bacaan) dalam solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara kedua-dua itu.

111. Dan katakanlah, “Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tiada bagi-Nya sekutu dalam urusan kerajaan-Nya serta tiada bagi-Nya penolong disebabkan sesuatu kelemahan dan agungkanlah Allah seagung-agungnya!”


1. Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya (Nabi Muhammad) Kitab (al-Quran) dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong daripada kebenaran dan pertentangan makna).

2. Sebagai petunjuk yang lurus untuk memberi amaran (kepada orang yang ingkar) tentang azab yang seberat-beratnya daripada sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang beriman yang mengerjakan amal soleh bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

3. Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya (iaitu dikurniakan syurga abadi).

4. Dan (juga al-Quran itu) memberi amaran kepada orang yang berkata, “Allah mempunyai anak.”

English

105. And with the truth We have sent it down, and with this very truth has it (the Qur’an) come down, and We have not sent you except as a bearer of glad tidings and as a warner. 

106. And it is a Qur’an which, We have divided it into sections, in order that you should read it to men by degrees and We have caused it to be sent down by stages. 

107. Say: “You may believe it, or you may disbelieve (it), surely as for those who have been given the knowledge before it, when it is recited to them, they fall down upon their faces adoring.”

108. And they say: “Glory be to our Lord, the promise of our Lord was bound to be fulfilled. 

109. And they fall down on their faces (lit. chins) shedding tears, and it increases them in humility. 

110. Say: “Call upon (Him) as Allah or call upon (Him) the Most Gracious, by whatever name you call upon Him, the fact is that all Beautiful Names belong to Him. And do not raise your voice too high in saying your prayer, nor let it be too low, but seek a way between the two.” 

111. And say: “All praise is due to Allah who has not taken any son, nor is there any partner with Him in (His) kingdom, nor does He need anyone to help Him because of any weakness, and magnify Him constantly.”


1. All praise is due to Allah, who has sent down upon His servant this Book, and has not placed any crookedness in it:

2. He has made it upright in order that it give warning of the severe calamity proceeding from Him, and to give glad tidings to the believers who do righteous deeds, that they shall have a goodly reward.

3. Where in they shall abide forever.

4. And that He may warn those who say: “Allah has begotten a son.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul