Halaman 267
Tarjuman
Bahasa Melayu
91. (laitu) mereka yang menjadikan al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian.
92. Demi Tuhanmu! Kami pasti akan menyoal mereka semuanya.
93. Mengenai apa yang mereka telah lakukan.
94. Oleh itu, sampaikanlah secara terus terang apa yang diperintahkan (kepadamu) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum musyrik itu.
95. Sesungguhnya Kami tetap menjagamu daripada (kejahatan) orang yang mempersendakanmu.
96. (laitu) mereka yang mengadakan tuhan lain selain Allah, maka mereka akan mengetahui (akibatnya).
97. Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.
98. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu serta jadilah engkau di antara orang yang bersujud.
99. Dan sembahlah Tuhanmu sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin (iaitu maut).
1. Telah hampir datangnya janji yang ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia daripada perbuatan syirik yang mereka lakukan.
2. Dia menurunkan para malaikat membawa wahyu dengan perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada hamba-hamba-Nya (dengan berfirman), “Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertakwalah kamu kepada-Ku.”
3. Dia menciptakan langit dan bumi dengan hak. Maha Tinggi Allah daripada perbuatan syirik yang mereka lakukan.
4. Dia menciptakan manusia daripada air benih (mani), tiba-tiba dia menjadi seorang pembantah yang jelas bantahannya.
5. Dan Dia juga menciptakan haiwan ternakan untuk kamu, terdapat padanya (bulu) yang memanaskan tubuh daripada sejuk dan beberapa faedah yang lain dan daripadanya juga kamu makan.
6. Dan bagi kamu pada haiwan ternak itu ada keindahan (yang menarik hati) ketika kamu membawanya kembali ke kandang untuk berehat dan ketika kamu melepaskannya ke tempat penggembalaan.
English
91. Those who made the Qur’an into parts.
92. Then by your Lord, We will surely question them altogether,
93. Of what they used to do.
94. Therefore declare to them openly what you are commanded, and turn away from the pagans.
95. Surely We are sufficient unto you (against) the scoffers,
96. Those who appoint with Allah another god, then in time they will know.
97. And most surely We know that what they say straitens your breast,
98. Therefore celebrate the praises of your Lord, and be of those who prostrate.
99. And serve your Lord till the conviction (death) come to you.
1. The command of Allah is coming, therefore seek not to hasten it. Glory be to Him, and far high is He above what they associate (with Him).
2. He sends down the angels with the inspiration by His command, upon whom He wills of His servants, (saying): “Warn people that there is no god has the right to be worshipped but I, therefore fear Me.”
3. He has created the heavens and the earth for just ends. Far high is He above what they associate (with Him).
4. He created man out of a sperm, then behold! He becomes an open disputer.
5. And there are the cattle which He has created for you, there is in them
for you warm clothing, and (other) benefits, and some of them you use for food.
6. And there is for you in them (great) beauty when you drive them home,
and when you take them out (to pasture).
Mandarin

Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran

