j14h264-Surah Al-Hijr

Halaman 264

Tarjuman
Bahasa Melayu

32. Allah berfirman, “Wahai iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”

33. Iblis menjawab, “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia daripada tanah liat kering yang asalnya daripada lumpur hitam yang dibentuk.”

34. Allah berfirman, “(Kalau demikian), keluarlah engkau daripada syurga, kerana sesungguhnya engkau (mulai sekarang hingga ke masa hadapan) adalah (makhluk) yang diusir.”

35. Dan “Sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat.”

36. Iblis berkata, “Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).”

37. Allah berfirman, “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh.”

38. “Hingga ke suatu masa yang ditentukan.”

39. Iblis berkata, “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, sesungguhnya aku akan memperindah segala jenis maksiat kepada (mereka) Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”

40. “Kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas dalam kalangan mereka.

41. Allah berfirman, “Inilah jalan lurus yang Aku tetap memeliharanya.”

42. “Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu (iblis) sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang mengikutimu daripada orang yang sesat.”

43. Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu, benar-benar tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka.

44. la (neraka) mempunyai tujuh pintu, setiap pintu ada bahagian yang tertentu daripada golongan mereka.

45. Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan dalam beberapa taman syurga dengan mata air terpancar padanya.

46. Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh keamanan.

47. Dan Kami cabut segala yang ada dalam hati mereka daripada perasaan hasad dengki sehingga mereka menjadi bersaudara serta mereka duduk saling berhadapan di atas singgahsana.

48. Mereka tidak merasa susah payah dalam syurga dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.

49. Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku bahawa Aku Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

50. Dan bahawa azab-Ku ialah azab yang pedih.

51. Dan khabarkanlah kepada mereka tentang kisah tetamu (Nabi) Ibrahim (iaitu para malaikat).

English

32. (Allah) said: “O Iblis! What reason have you not to be with those who prostrated?”

33. He replied: “It is not for me to prostrate to a human being whom You have made out of sounding clay, out of altered black mud.”

34. (Allah) said: “Then get out of it (this state), for you are surely accursed.

35. And surely upon you be the curse till the Day of Judgement.”

36. He said: “My Lord! Then give me respite till the day when they are raised up.”

37. Allah) said: “You are certainly of those who are respited,

38. Till the day of the Time appointed.”

39. He said: “My Lord! As You have caused me to deviate, I will surely make (things) fair-seeming to them on the earth, and I will cause them to deviate altogether.

40. Except those of them who are exclusively your servants (sincere and purified by Your grace).”

41. (Allah) said: “This (exclusive service) is the straight path that leads to Me.

42. Surely as for My servants, you have no authority over them, except those who follow you of the misguided.

43. And surely Hell is the certain promised place of them all. 

44. It has seven entrances, for each entrance there is an appointed portion of them.”

45. Surely the pious will be in Gardens and springs, 

46. “Enter therein with Peace, safeguarded.” 

47. And We shall remove of their breasts all kinds of hatred, so that they
will be as brothers seated on thrones, facing one another.

48. No fatigue shall touch them in it, nor shall they be driven out

49. Inform My servants that I am surely Often Forgiving, Most Merciful. 

50. And also that My torment is the most painful torment. 

51. And inform them about the guests of Ibrahim, 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi